20110316

Cerpen daripada pembaca blog ini untuk hadiah birthday pakwenya yang menurut beliau berinspirasikan kisah aku yang marhaen ini.


Ini ialah cerpen yang aku pernah mentioned untuk entry "Apa yang aku dapat dari memblog" dulu tu (rujuk point nombor 6). I decided to publish it here atas persetujuan penulisnya (yang juga pernah menulis beberapa buah buku sebelum ini).

Enjoy!!

Cinta Blogger.

Siapa kata dari mata turun ke hati? Dari tulisan juga mampu menggegarkan jiwa. Betullah ibarat kata pepatah ‘mata pena lebih tajam dari mata pedang’.Tulisan yang ‘pedas’ boleh menjatuhkan. Tulisan yang romantis boleh mencairkan gadis.

Blog, medium meluahkan perasaan, apa yang dialami dan buah fikiran yang ingin dilontarkan. Aku mula menulis blog dari pengaruh kawan yang mendapat duit dari hasil tulisannya. Walaupun bermula dengan tujuan yang salah makin lama aku mula bertemu rentak dunia blog. Kisah keluarga, apa yang dimasak hari itu, panduan dan petua memasak, dunia artis dan hampir segalanya boleh dijadikan isi entri waima kutuk-mengutuk antara blogger menjadi santapan minda.

Aku mula mengenali ‘si dia’ hasil melompat dari satu blog ke blog yang lain. Hanya tulisan yang ringkas dan lebih banyak merepek tentang sekitarnya. Namun isinya padat dan membuka minda.

‘Si dia’ menghiasi senarai blog yang aku baca setiap hari. Tanpa butir diri yang jelas menjadikan ‘si dia’ ini lebih misteri orangnya. Gambarnya juga disamarkan sentiasa dengan tujuan tiada siapa yang dapat mengenali dirinya. Aku juga tidak pernah mengambil tahu akan jantinanya. Hanya suka membaca hasil tulisannya.

Dari hari ke hari dia mula merepak tentang dirinya, kesusahan mendapat kerja dan blogger lain mengutuk dirinya sedangkan dia bercakap sesuatu yang benar.

Personaliti dirinya terbuka satu demi satu dan dari gambarnya aku tahu ‘si dia’ itu seorang lelaki walaupun mukanya masih disamarkan. Aku makin tertarik dengan kemisteriannya. Dari tulisannya, aku dapat tahu dia lulusan luar negara. ‘Wah belajar oversea, bukan calang-calang orang ni.’ Terdetik di hati ‘alangkah bahagianya bakal suami seorang yang bijak’. Belajar luar negara secara relevannya sudah pasti dia bijak.

Hari ini diceritakan pula kisah maknya yang comel kerana menitipkan pesanan membaca sepotong surah untuk mendapat pasangan. Walaupun kelakar bila membacanya, satu lagi jawapan dibuka. ‘Dia bujang!’

Acapkali juga mengomen entrinya tapi tidak pernah membalas. Mungkin apa yang aku nyatakan itu hanya ayat penyata tanpa perlu dibalas apa-apa. Namun dalam salah satu entri yang ditulis, seperti biasa aku mengomennya. Tidak menyangka dia akan membalasnya. Walaupun ayatnya tu biasa sahaja tapi seakan kami berinteraksi. Tidak disangka esoknya si jejaka datang mengomen di blogku pula. Kebetulan entriku ketika itu tentang hadiah hari lahir yang diterima. “ Happy Belated Birthday wish you all the best”. Cair rasa hati. Teman lelaki sendiri tidak pernah ucapkan dan selalunya tidak pernah peduli. Hati mula melonjak riang, seorang yang mempunyai ramai ‘pengikut’ sudi datang ke blog. Hari itu semuanya serba tidak kena. Terharu! Sementelahan hubungan aku dengan teman lelaki sentiasa on and off. Aku bosan.

Bila datang rajinnya dalam diri aku suka memasak dan meletakkannya di dalam blog sebagai entri. Semakin terkejut bila si dia turut memberi komen dan suka dengan apa yang aku masak dan mula membahasakan diri ku ‘you’. Cair sekali lagi! Alahai kenapa hati ini semakin berdebar. Perasankah diri ini atau si jejaka hanya bermulut manis. We both love cheese. Serasi. Membuat kesimpulan sendiri.

Aku masih senang membaca tulisannya dah mula ingin mengenali siapa yang selalu mengomen di blognya dan ingin mengenali kawan-kawannya. Gila apakah aku ini? Kalaulah dia tahu, sudah pasti aku dituduh stalker.Acapkali juga aku nampak seorang gadis yang sama sering memberi komen setiap kali. Ada sedikit cemburu tumbuh di hati. Berminatkah dia pada si jejaka! Ini dah kes berat...cemburu tidak bertempat.

Aku menjadi tidak keruan bila setiap hari mahu mengemaskini blog supaya si jejaka tahu aku sentiasa online. Ternyata apa yang diharapkan menjadi. Dia datang lagi memberi komen. Hati mula berbunga riang. Berulang kali mengingat diri. ‘Jangan perasan! Bukankah lelaki juga yang sudah menyakiti hatimu!’ Walau di fikiran menolak tetapi hati masih mengatakan si dia akan menge-melku dan menyatakan dia berminat untuk mengenaliku. Mana mungkin aku bersikap seperti perigi mencari timba walaupun zaman sekarang segalanya mungkin.

Hari-hari yang mendatang aku masih terus mengemaskini blog. Hampa! 3, 4 hari ni dia tak datang lagi sedangkan dia sentiasa mengemaskini blognya bermakna dia ada di situ. Memujuk hati, ‘Sebelum ini dia hanya bermulut manis. Entah-entah ramai blogger lain pun dia berkata begitu’.

Sambil menyemak segala e-mel yang diterima, selintas pandangan nama si jejaka tercatat di situ. ‘Hi boleh berkenalan? Pandai awak memasak dan menjahit. Mak saya kata perempuan macam ni sesuai dijadikan isteri.’ Terkesima seketika. Aku membalas e-mel dengan menyatakan nombor telefonku. Ringkas. Adakah sinar kebahagiaan buatku? Senyumanku panjang sampai ke telinga.

theblabber: Dear Cik XYZ, thank you very much. I'm flattered. Semoga terus sukses dengan kerjaya menulis anda!! Oh, semoga berbahagia juga bersama si dia. Hikhik.

10 comments:

Leia S. said...

eh, macam cerita blabber lah!
- lulusan o/seas
- belum ada kerja
- mak bagi doa cari kekasih..

ehem! =)
bagilah awek punya blog~~ hehe
semoga berbahagiaaaa!

De' Nurul said...

woohhoooo..goodluck la untuk cik xyz tu. aku plak yang tersengih entah ape ape. hahaha

theblabber said...

Cik XYZ must be reading your comments:) Though the idea of story is basically about me,of course lah telah ditokok tambah oleh beliau sikit2 bagi menampakkan kesan2 dramatik.

She's a good writer anyways, and her few writings (and books) explains it all :)

Cik Khairun Minhad said...

wahhhh..entry y comel,dan cerite y comel!!! hehe..kim slm pde cik XYZ ok :D

ENCIK TIKUS said...

cerita nie lagi sweet dari kisah Cinta Blogger gua. Nah gua bagi flying kiss banyak banyak. Mmmmuuuaahhhhh...

. said...

sweet!
=)

Alia said...

This is too cute <3

Unknown said...

rasa bertuah bila apa yang kita tulis jadi inspirasi kepada orang lain....

cikin said...

cik XYZ,good luck!
okay I never knew yang blog mmg boleh mencari jodoh untuk orang.
nanti bagilah link or wat so ever.
eager to read lah cik XYZ punya tulisan.hehe

Unknown said...

cite nih sweet. bg la link cik xyz ni... nk tgk tulisan dia jugak