Again, I'm wide awake at this wee hours. Perut pula lapar. Since I have no sensible thing to blab about but hell feel like to write, saya nak bercerita pengalaman menonton Imam Muda. What? Kecoh gila. Haha.
Tadi buat kali kedua saya menonton Imam Muda. Kononnya nak tengok Top Chef, tapi cerita tu membuatkan perut saya lagi lapar. Seriously, saya suka gila amat program ni, I mean Imam Muda. No wonder kuar BBC hari tu. Eh ke CNN? Lantaklah, yang penting ada gak ilmu2 yang dapat saya korek. Apa yang lagi penting, ustaz yang datang rumah ni setiap minggu mengajar Lelaki Macho mengaji dulu beriya kata nak cuba masuk Imam Muda. Well, kalau dia join, leh tumpang glamor *gila glamour juga aku ni eh?*. Aku undi habis2. Sanggup topup setiap hari.
Tadi cikgu2 kepada Imam2 Muda tu tanya soalan pasal aurat, terus saya rasa berdosa pasal tengok rancangan keagamaan pakai boxer. Lantas dicapai bantal sofa untuk menutup apa yang patut. *eh, perlukah dielaborate yang ini?
Bila tengok Imam Muda ni, lantas terus saya reflect diri sendiri yang penuh hina ini. If I could turn back time *ayat cliche orang2 banyak dosa*, saya taknak buat apa benda yang tak patut yang pernah saya buat. Tapi tulah, a weak being macam saya *alasan cliche pada mereka yang banyak dosa* lemah betul pada tuntutan syaitan durjana. Berat sungguh bahu kiri saya. Banyak la yang saya nak ubah. Saya tak nak buat itu, saya tak nak cuba ini. Macam-macamlah.
Saya teringat ada satu malam tu saya terjaga daripada tido dengan perasaan yang hmm "what if aku mati now?" Saya rasa takot gila masa tu that saya bangun sambil zikir2 apa yang patut, buka lampu bilik, duduk tepi katil then........terus sambung tidur balik pasal mengantuk. Setan kan perangai aku?*terus tukar kata ganti diri*.Bukan nak qiamulail ke apa. Ish ish ish.
Saya sempat salin satu ayat yang diungkap *ayat karangan* oleh salah seorang imam muda tu tadi yang mana dia ada kata- Selemah-lemah ilmu adalah apa yang kita ungkapkan, manakala setinggi-tinggi ilmu adalah apa yang kita zahirkan. Saya rasa potongan bait2 kata tu molek *ayat karangan lagi* dikongsi bersama kerana walaupun kita bukan maksum, tapi sekurang2nya kita masih ada akal untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Masih boleh berfikir untuk berkata yang baik2.
Gambar hiasan. Iyad will be back to KL today. Can't hardly wait. Uncle Boy missing him badly. Anyway, sometimes I wish to be remain the never-grown-up-cute-little-boy.
And yes, if I were been asked who do I envy the most, it will be none other than Ustaz Asyraf dan ustaz yang dapat second place tu *tak ingat nama, gila ingatan jangka pendek pasal banyak dosa*.Kadang2, saya berharap ada kawan seperti depa berdua untuk mengingatkan saya mana yang patut. I mean, there are people yang macam ni around me, tapi depa ni annoying *petir berguguran di udara*. Yelah, kau nak citer pasal itu ini, tegur itu ini, tapi selamba je ko tayang gambar pakai seluar pendek kat facebook, tak dosa ke tu? Aku malas je nak retaliate balik sebab nanti nampak lak bangangnya. Tapi tulah, nak kira yang perfect je baru boleh tegur, takde sapelah yang boleh tegur dan ingat mengingati kan?
Anyway, aku google gambar ustaz Asyraf, keluar muka Asraf Muslim. Apa kaitan entah. So I decided to put my nephew's picture instead. Lagi best. Sebelum setan menghasut dengan fikir yang bukan2 lagi, moleklah kiranya saya tidur dulu. Lagipun tengah hujan tu. Sedap tidur ni. Yay. Eh silap, alhamdulilah.
Sekian tazkirah Jumaat hari ini.
Night. Salam :)
theblabber: Eh wait, Imam Muda ni tak pakai SMS kan? Hihi
6 comments:
em...tul gak kan...klu nak tunggu yg perfect jek baru leh tegur...maknanya tak de lah tegur menegur...terbuka gak otak aku pepagi nih...bagus2!!
hm betul2..banyak yg perlu diperbetulkan and we need the right person around us...tapi itula...manusia sentiasa alpha..baiklah kite saling ingat mengingati.... tapikan susahla bg diri sy sendiri tuk menegur kwn2 sebab 1 je..sebab TAKUT TERASE HATI....
tegur menegur tu perlu jugak..walaupun kdg2 we feel like..eh..layak ke aku nak tegur dia ni..or eh..siapa dia nak tegur aku kan..but then, we open up our mind..yes, kadang2 teguran orang tu ada baiknya...for our own sake.
imam mude best psl depa mude2 dah pandai ngaji sampai khatam....huhuhu ..tapi asyraf muslim lagi hensem dr asyraf imam mude tu.....hehehehehhe....
banyak kali jugaklah tersedak tergelak bila baca entri ni. ada lucu, ada nasihat. terasa seperti membaca blog marimerepek yang berjuta tahun dahulu ;) (ini pujian) - perlu ditegaskan - haha
u know me that well, sis? tq :) frankly, i miss the old me too. i mean the way i used to write. *sigh
Post a Comment