20110320

Mata masuk habuk.


Tak tahu kenapa terdetik hati aku nak google email sorang kawan aku ni malam semalam. Dan entah macam mana, mungkin Allah nak tunjuk, tertera email dia dalam satu forum ni. Melalui forum tu, terjawab lah segala persoalan mengenai kehilangan dia sejak dua menjak ni.

Hilang mengejar cita-cita sejak kecik. Aku serius kagum dengan kau wahai sahabat. Kerja kau sekarang je pun dah bagus, kau sanggup quit semata-mata nak kejar cita-cita kau. Aku memang kagum dengan semangat kau dalam mengejar apa yang kau nak dalam hidup. Tak pernah kenal putus asa.
Teringat dulu SMS aku pada dia,
Aku jeles dowh dgn kau. Kau apply jelah apa je, kompem dapat. Pengacara TV dah, dapat offer keje kat XYZ tolak, ABC offer pun kau tolak. Siyes aku jeles.

Dia replied,
Tapi ada juga apa yang aku taknak Tuhan bagi kan? Aku tak nak penyakit ni,bro.

Pendek mesej dia, dan cukup membuatkan mata aku masuk habuk.

Betul Tuhan Maha Adil kan. Ada yang kita ada, orang lain takde. Likewise. Dan Tuhan, semoga Kau makbulkan doa aku untuk lihat dia sembuh suatu hari nanti.

Amin.

theblabber: Selalu terfikir kalau Tuhan nak tunjuk, tak payah sorok-sorok. Dan semoga tidak terbukalah aib aku di dunia mahupun akhirat kelak. A weak being, I am.

p/s: Dapat idea nak sambung cerpen-pendek-gila pasal Aminah dan Jimmy. Yay. Nantikan!! (cett,macam ada orang hadap sangat nak baca. Haha).

6 comments:

ila ni said...

aminah & jimmy kan kisah legend. mestilah ada yg ternanti-nanti. (haku la tuu!!) haha

Aku la said...

eh,aku bace la citer pendek tu...lame tunggu kot..

fatt said...

Allah hanya beri apa yg kita mampu tanggung dan Dia takkan beri apa yg kita tak mampu. as for ur fren, aku rasa dia cuba live life to the fullest..bukan semua org mampu setabah itu. dan kita patut belajar dari dia...

afrohead said...

semoga beliau cepat sembuh

VFN said...

sbb disebalik senyuman tu ada kepahitan ;)

♥CIK SHA♥ said...

setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan..itulah aturan hidup manusia yg telah ditetapkan oleh Allah..

semoga kawan awak tu sembuh dari sakit die dan cita2 yg dia cari tu tercapai..

cepat2..tak sabar nak baca pasal aminah dan jimmy..^_^