Kenapa rindu aku? Kawan tanya.
Entah. Aku jawab. Boleh kah paksa-paksa nak rindu ke tidak? Aku tambah. Agak skema.
Aku rindu banyak perkara best lately.
Rindu pada kawan-kawan yang best.
Rindu kat Edinburgh best
Rindu kat makanan yang best.
Rindu pada tempat-tempat best
Rindu kat pengalaman yang best
Rindu juga pada rasa-rasa yang best
Memang betul perkara-perkara best akan buatkan kita rasa rindu. Tapi rasa rindu itu sendiri super duper extremely tak best.
Kalau ada ubat tahan rindu jual kat farmasi,dah lama aku beli. Kalau mahal sekalipun, sanggup hutang bank. Haha.
Dan untuk menjawab persoalan kawan aku kat atas tu, aku rasa mungkin dia juga antara kawan-kawan/makanan/tempat/pengalaman/rasa best yang pernah aku ingat dan alami yang membuatkan dia layak untuk aku rindu.
Entah!
5 comments:
edinburgh? OMGGGGG!! Saya akan kesana satu hari nanti!!!! grrr
kalau kau terjumpa ubat tahan rindu tu, belikan untuk aku sama. rindu itu cukup pedih.
memang payah nak hadam rasa rindu...
well, mungkin kau patut cipta ubat tu
aku mahu beli!
ermm..lagu tu
sangat nostalgik
Post a Comment