Satu
Kalau dah tahu pengantin lelaki tu kurang putih, janganlah diover bedakkan. Aku kesian tengok kawan-kawan yang macam opera cina di hari persandingan depa. Kita ada hak kot kan nak cakap "no" kat mak andam tu kan?
Dua.
Kalau dah tahu wife lagi tinggi daripada husband, jangan la kasi wife tu pakai kasut tinggi 10 inci. Kesian si suaminya. Sila banned butik pengantin/mak andam tersebut lepas ni.
Tiga.
Jahat kah aku kalau aku cakap sesetengah (read: tak semua) deejay di majlis orang kahwin membingitkan? Seriously I can't stand the yell.
Empat.
Lepas tu kan, pengantin kalau boleh jangan la datang (as in tiba untuk bersanding) lambat sangat. Kesian tetamu yang teringin nak tengok pengantin tetapi terpaksa balik pasal apa jadah pukul 2 petang pun tak sampai-sampai lagi.
Lagi suck perasaan itu bila terpaksa berada di bawah khemah di bawah terik mentari.
Lima.
Aku lagi suka dapat goodie bag berupa makanan atau sesuatu yang dapat digunapakai. Period.
Enam.
Karaoke session can either be fun or hell. Kalau time hell tu datang, kau rasa macam nak suruh penyanyi tu stop sambil pesan "kau ingat ni karaoke jamban?"
Tujuh.
Memang lah mulia tujuan nak mengelakkan maksiat ketika majlis berlangsung,tapi kesian lah kat seisi keluarga yang datang terpaksa duduk asing sebab tuan rumah separatekan tempat untuk laki dan perempuan. Sian kat anak-anak kecil yang kejap nak duduk dengan mak, pastu kena pergi belah sana lak sebab nak duduk dengan bapak lak.
Hmm..Itu jelah yang dapat aku fikirkan. Nanti kalau-kalau datang ilham lagi, aku sambung. Nak p lunch sat.
Chow.
23 comments:
part yg deejay tu memang byk betulnya..
dahla suara tak sedap! pastu pasang lagu ikut telinga sendiri..grrrrr
no 7 tu aku nak gelak.. mengelakkan maksiat? celah mana? bawah meja ka?
hahahaa...
ada rupanya org buat separate tempat duduk...
diorg tak paham kot.. kalau keluarga buat ape nak separate.. gilaa!~~~
kesemua point ni aku setuju..tambah2 point 4..aku dah pernah kena..tunggu berjam-jam bawah terik mentari sampai peluh mencurah-curah..pengantin perempuan p hilang ikut pengantin laki nak mai sama2..padahal kenduri rumah sendiri kot..sadis betol..T_T
aku suka teloq rebus dari benda-benda lain yang tak buleh guna..teloq rebus boleh dimakan on the way balik dari rumah kenduri in case lauk kenduri dah habis! wakakak!
tapi kenduri sekarang orang kata tak urban kalau bagi teloq rebus..
part dj tu mmg stuju sgt. xpyh ada trus lg sng. nk mkn pun rsa xbest... mcm radio. xsuka la radio...
Nombor 1 tu memang aku setuju. Tak kira pengantin lelaki atau perempuan, bila bersanding mesti nak nampak macam buh tepung kat muka. Ntah apa pasal obses sangat dengan muka putih ntah.
LOL... tak tahan baca hat yg no satu
Pengantin perempuan pun tak perlu bedak banyak :-P Ramai yang dah lawa jadi macam rupa pelik. Patut accentuate the skin complexion biar nampak glowy rather than cuba tukar warna kulit yet so kusam.
My reception was supposed to be small and I was imagining I can just eat and hang out with people I hadn't seen in ages. But nope, nama pun kahwin melayu, kena la redha dengan jemputan sekampung. Dan tak sempat hangout dengan kawan-kawan sebab kena salam dengan kawan ibu bapa. oh well, dia bayar, kena la dengar cakap.
Tapi I really hated the DJ we had. Lagu-lagu dia sangat cheesy for my taste. We love the gamelan group though, takde la cheesy macam pakcik DJ. hehehe.
It was quite an experience for both of us. And thank you for stopping by, though I only managed to wave at you.
p.s. do you mine enabling you blog for mobile template?
DJ paling bangang ialah DJ yang memasang lagu frust clash apa jadah sedangkan ini celebration, bro.
kalau dalam SPM dipanggil tidak menjawab soalan!
lari tema!
suka semua komen....mmg tepat
untuk point no 7, ia tak terpakai untuk budak2, jujur sangat orang yang datang kenduri tu ... ok apa separate, sy suka jer dan kat tmpat sy dah biasa
selalunya deejay org kawen msti org tue.. lagu pun.. vetren jer..
opps rasanya termiss yang ada budak2 mean family yg anak berderet :)
Heh tak pernah tunggu pengantin pun. Datang makan, sedekah sikit lepas tu angkat kaki :)
mmg ada betulnya.agaknya dek krn kita dah serahkan urusan kpd wedding planner maka apa sahaja yg depa buat kita setuju,walhal tak tepati citarasa dan tidak sesuai.KITA SEPATUTNYA ADA HAK.DUIT TU KAN DUIT KITA.NI MAIN OK2..je.tu yg tk bgus.
entahlah skrg ni dh jd fenomena beg goodies tu kene isi mcm2 ek.klu tak isi,org cakap pulak.tolonglah,ni majlis kawin.kalu nk mcm2,baik pegi kedai RM2.mcm2 ada kan.kesian kat tuan rumah.dah perabis rm utk majlis pastu kena klr rm lagi utk beg goodies yg isinya entah apa2.kembali mcm2 dulu tak salah.bunga telur.kan ke tu lambang majlis kawin.sekarang ni lebih kepada majlis party pulak...mcm2 lah...
baru2 ni ak br jer lps pi kduri kawen...konpius jap bila DJ pasang lagu 'Kebahagian dalam perpisahan'...
dah lah hmpir tggu smp kol 3..br psgan pgantin smpai, teman orang..tpksa lah tgu, kalo x..dh lame angkat kaki
tang karok tu tak tahan gakkkk....orang datang nak jamu selera dengan hidangan percuma dan berbayar lepas majlis tu(paham-paham la na,hehe) ...boleh pulak membingitkan telinga dengan suara-suara peng-karok.....
aku lagi suka dapat BUNGA TELUR daripada goodie bag.
kat pantai timur (or at least at terengganu), wedding receptions memang seperate-kan khemah tetamu lelaki dan perempuan. tapi maybe sebab kami da biasa macham tu, so takda hal la kot bagi kami. huhu
Yup...agree dgn no tujuh..datang berdua tapi duduk asing2 langsung tak ada selera nak makan nasi kenduri...
Malaysians mentality, when you're dark, you ain't pretty.
ni kene bg perncg perkhwinn bace ni
Post a Comment