20110603

Tak kesah kalau kau tak mandi,tapi sekurang-kurangnya gosoklah gigi tu.


Banyak dah kot orang tulis pasal ni. Antara manusia annoying yang biasa orang senaraikan ketika menonton movie di pawagam adalah mereka yang berborak ketika menonton, mereka yang menendang-nendang belakang kerusi dan banyak lagi.

Tapi aku rasa takde siapa lagi yang senaraikan (dan aku pun baru jumpa tadi jenis manusia macam ni masa tengok X-Men) jenis manusia yang macam tajuk entry ni.

Dah la mengganggu kosentrasi aku korang borak-borak, satu hal pula aku nak tahan bau mulut (dan bau badan) kau.

Dan bercakap Manglish dalam pawagam bukanlah satu benda yang perlu kau sombongkan kot.

9 comments:

Wfx said...

betul.

Siti Nur Aminah said...

bau mlut bsuk sebb ada gigi rosak or gusi tak siht...or xrajin gosok gg..or mkn bwg puth byk sgt.

conclusion: dia makan bawg putih byk n xgosok gg 2 hr= speaking omputih..+ tp melayu

Aien said...

lagi sedih kalau yg pesen macam ni kawan sendiri.

nak tegur tak sampai hati. nak bagi hadiah darlie masa besday takut kecik hati.

FVN said...

hahahaa..teringat kisah ex housemate aku dulu... seminggu tak mandi.. gigi pun payah gosok... pi class sembur perfume... mmg dasar unta padang pasir!! haahahaha

emak. bukan penari tiang said...

mungkin dia jenis orang yang mempunyai hobi mengumpul taik gigi..

who knows..

Kap said...

mulut berbau semasa menonton X-Men First Class adalah perkara paling low class pernah aku dengar.

sorry, bro.
akibat even di atas, aku suspect sekarang kau sudah pun mengalami kerosakan saraf otak.
hahah.

afrohead said...

kacak rambut kau. haha

Paksu said...

hahaha aku pun nak komen benda yg sama dgn afrohead... jeles tengok rambut ikal mayang ko.

A E D A said...

err to add to the list : couple yg buat wayang~ perghhh annoying gila ok. like really, get a room laaar