20120312

Bak kata cikgu homeroom aku masa form 5 dulu, orang bodoh mencari alasan, orang pandai mencari jalan


Kejadian Satu.
Ahmad Kamal ke Jabatan Sumber Manusia untuk berjumpa kakitangan di sana bertanyakan hal claimnya (claim apa bahasa Melayu eh?)

Ahmad Kamal : Melissa, claim saya dah submit? Dah sebulan lebih saya hantar ke awak.
Melissa           : Belum Ahmad Kamal. Kami ada masalah financial sikit itu hari.
Ahmad Kamal (dalam hati) : Apa kena mengena financial dengan kau lak. Keje kau bukan periksa claim then submit to finance department ke?


Kejadian Dua.
Hamzah Ismael ke Jabatan Administration untuk bertanyakan mengenai hal business cardnya yang sudah lebih 2 bulan masih tidak siap.

Hamzah Ismael : Cassandra, my business card dah siap ke belum?
Cassandra       : Belum, there's an error in your name spelling.

Selang dua hari kemudian, dan dan business card Hamzah Ismael siap.


Ahmad Kamal dan Hamzah Ismael adalah mangsa kepada manusia-manusia yang menyalahkan orang/keadaan atau manusia-manusia yang sering mencipta alasan untuk melepaskan diri. Melissa tugasnya hanya memeriksa claim yang dihantar kepadanya, tanpa perlu mengetahui ada masalah dengan finance. Cassandra pula mungkin terlupa (mungkin ye) sehingga perlu diingatkan mengenai kad tersebut, baru beliau mahu memproses urusannya membuat kad tersebut.

Bosan jiwa Ahmad Kamal dan Hamzah Ismael dikelilingi manusia jenis begini sehari-hari.

Bak kata cikgu homeroom aku masa form 5 dulu, orang bodoh mencari alasan, orang pandai mencari jalan.

Jadi terserah lah pada Melissa dan Cassandra untuk terus menjadi orang bodoh atau mengubah diri menjadi orang pandai. 

Hidup ni kan satu pilihan?