20110107

Perfection can be boring. You learn nothing from it.

Betul, bila salah orang lain, cepat je kita nampak. Macam aku sendiri lah, pantang nampak orang salah tatabahasa, terus dengan tak malunya lantik diri sendiri jadi police grammar (padahal English sendiri pun ala kadar saja). Ada je salah orang yang aku nampak. Sama juga bila aku menulis. Bila tersalah tulis, ada yang akan tegur. Terima kasih saya ucapkan. Tapi bila aku menulis takde apa2 kesalahan, tidak la pulak rajin kakak sorang ni menegur atau komen. Awat lagu tu kak?

Ok, biaq pi pasal grammar ni pasal aku rasa mat salleh pun tak pernah kisah sangat tatabahasa dia betul atau tidak. Cuma kalau boleh, biarlah was, were, is and all those basic things tu betul letaknya. Ever wonder tak, kenapa kita tak pernah nak kisah pasal tatabahasa bila menulis dalam bahasa Melayu, tapi bila it comes to English, tu dia, ramai yang tiba2 jadi TeacherShida? (makcik ni mengajar English kan? Oh ye, aku lagi prefer menonton video dia mengajar anak2 murid daripada video lip-syncing beliau itu. Lame.Period)
Yeah, you're right.
Aku pernah kena tegur dengan someone pasal satu benda yang aku buat ni. Lepas kena tegur atau saon tu, aku cakap kat adik perempuan aku- "I won't listen to him. He's not upper hand to say that. Diri sendiri tak betul, nak tegur orang".Then adik aku replied dengan bijaksana- "Kalau nak tunggu orang yang perfect segala segi baru boleh nasihat or tegur or saon, macam tu takde siapa2 lah yang upper hand. Nabi je lah yang boleh tegur menegur".

Aku diam sebab aku rasa apa yang dia cakap tu so true. Well, kalau ko rasa ko dah tak betul, better keep your mouth shut else kau nampak sangat menegakkan benang yang basah (benang basah tak boleh tegak ke? Basah ke kering ke,aku tengok sama je).

Ada kawan aku, dia free to say anything about others. If the same thing happens to him, dia melatah. Marah. Terus kalau boleh putus kawan. Impaknya, kawan2 dia ramai jenis stok2 jilat pungkoq. Bagi akulah, kawan yang baik bukan sorang yang "menghalalkan" yang salah-for the sake nak menjaga hati kawan, itu pathetic namanya. Dan sebagai seorang manusia yang fitrahnya bersifat lupa, ini lah fungsi sorang kawan untuk tegur menegur antara satu sama lain.

Anyway, speaking of TeacherShida, "sebutan"dalam English is spelled pronunciation, not pronounciation, ye teacher (referring to this video. Too bad ruangan komen kat situ disable). Pronounciation is so Ogy-Ahmad-Daud-memberi-komen-kepada-budak-AF-memperbetul-pronounciation-diction-projection-lontaran-suara-dan-segala-bala-benda. Rasanya dulu, Jebon pernah menulis pasal ni (oh I seriously think we need more this kind of writing). Harap cikgu tidak kesah saya menegur ni. Muah muahh (bajed TeacherShida baca blog ni. Pigidaahhhh)

Oklah, macam bagus pula rasanya menulis camni. Haha. Tapi apa pun, mana yang betul tu, kita amek sebagai panduan, regardless of siapa yang nasihat atau tegur. Kalau yang tak betul tu, masuk kanan, keluar kiri sudah. Tak perlu susah2 nak merembeskan hormon2 marah kepada orang yang menasihatkan tu. Kalau nak tunggu Mr or Mrs Prefect yang menegur, alamatnya bankrupt lah agensi2 kaunseling kat Malaysia ni dan sia2lah Tuhan wujudkan peranan mak ayah. Mana ada manusia tak buat salah beb.

Till then,I rest my case.

Eh jap jap jap. Dik, (ni bukan TeacherShida), couture is pronounced koo-toooor, bukan kolcherr. Huruf 'r' kat belakang tu sebut manja2 macam nak taknak keluar sikit bunyinya, macam nak sebut "kotor" tapi bukan-lebih kurang sebut "kutooour". Apa pun, disebabkan awak cantik, maka kesalahan itu dimaafkan (gila dabel standed ni). Kudos untuk konfiden.

Ok dah, bye.

Selamat hari Jumaat, semua (dah petang baru nak wish). Bye lagi sekali.

theblabber: Ada tak apa2 kesalahan ayat mahupun tatabahasa dalam karangan di atas? Kalau ada jangan segan2 nak tegur cause am all open since I believe if I can critic, I should be prepared to be criticized too.

8 comments:

Shahada Fauzi said...

kesimpulannya, belajar dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain la kan? sebab takde manusia yang terlepas dari buat silap..aku sangat setuju la dengan kata2 adik ko tu..mabeles!!nak kenal dengan adik boleh??hehehe...

Anisa said...

woww..
this entry inspired me to be great, not perfect,but great :)

ape kaba la agaknye teacher shida tuu
ngehehehe
dah lame tade vdeo beliau yg tahpape tu

theblabber said...

ciksha..
betul. belajar daripada kesalahan dan perbaiki. jgn menyombong diri dengan tidak berbuat apa2 dari kesalahan yang lalu (auww..ayat dramatik)

anisa..
really? am honored if thats so. teachershida sihat gamaknya. byk video dia mengajar anak2 kecil,which somehow i found rather interesting.

Misz-ella said...

what is the scale rule to measure 'perfection'. kalo ko ada pinjamkan kat kakchik boleh?? sampai skrg tak jumpa. i think its unmeasureable.

useryna said...

adik perempuan anda sangat bijaksana bila berkata2 eh? dah lama x bersesi kaunseling dengan dia..hehe..kem salam dia..=)

zyr zh said...

you obsess ek dengan teacher shida? ha ha ha

theblabber said...

hidney..
tq. haha

kakchik..
taktahu la pula saya nak men"gred"kan skala prefect macam mana. analogi mudah, sorang student dpt markah 0% tak dikira perfect kot? just my 2 cents :)

yus..
adik dah jawab salam.

Nabila Azureen Azis said...

salam. yepp, we tend to correct others even if there's only a single mistake. hehe, you should be proud of your lil sis. and perfection is nothing to be compared with human beings, especially us, slaves of Allah. its the highest standard of all i must say. anyway, i love your blog. keep writing :)

salam. blogwalking :)