20110324

Kawan jenis bercakap tak mahu kalah.


Ada satu spesis manusia ni jenis bercakap tak mao kalah. Kalau kau cakap ko ada apartment, nanti dia cakap dia ada kondo. Kalau kau cakap kau ada degree, nanti dia cakap dia ada post doctoral. Kalau kau pandai dalam bidang-bidang tertentu, dia cakap pun pandai juga- siap ada sijil.

Kawan aku mengadu semalam dia kecik hati bila kawan baik dia jenis stok cakap tak mao kalah. Frankly, siapa-siapa pun akan rasa annoyed juga. Tapi lagi kesian dekat kawan aku ni, bila the other kawan macam merendah-rendahkan dia supaya kawan aku boleh senyap daripada terus berkata-kata.

Bagi aku senang, kita back off. Mengalah bukan bererti kita kalah. Cuma memberikan lebih masa kepada dia untuk terus membadutkan diri. Kalau orang ni cakap dia pandai, yang kau pun tak mao kalah nak up diri pandai juga, sampai bila tak sudah. At the end, dua-dua kelihatan tidak pandai.

Dan bila aku bercakap "bongok juga aku cakap camtu eh" dan kau boleh mengiyakan pula, tidaklah sesekali bermakna aku betul-betul bongok. Cuma aku nak rasa the pleasure of mengalah (dan merendah diri, mungkin). Padahal kalau aku nak balas boleh je. Cari je kelemahan kau, dan kasi hentam kaw kaw. But that's not me. Really. Pasal merendah diri tu sendiri dah bagi kita kemenangan, dalam tak sedar.

After all tak rugi apa pun kita jadi matang, kan?

Wise men are not always silent, but they know when to be.

theblabber:Teringat ada satu brader masa aku buat degree dulu begitu bangga citer dia menonggang arak sebotol sekali hirup dan betapa dia dulu pernah tidur dengan ayam Thailand. Aku ada kisah kau nak bertelur ke, bertanduk ke, nak beranak sekali pun aku tak peduli. Tapi tulah, kesian sama dia. Entah apa dia dapat dengan membangangkan diri cakap camtu pun, aku kurang pasti.

10 comments:

! Sam Posmen ! said...

memang banyak spesis macam ini. so kesimpulannya, layan je apa yang diorang cakap. nanti lastly mesti dia malu sendiri. *tu pon kalau spesis yang ada kemaluan la. speechless

Unknown said...

alahai..kdg2 nyampah! tp biar lah dia.huuuu kang lg layan lg menjadi dia nye ckap kan

Anonymous said...

sit back.

*enjoy the show*

ryann said...

ramai yang suka bangga diri berkenaan sesuatu yg tak elok. sebab akak selalu jumpa.

afrohead said...

diam itu pintar.

Unknown said...

tul...aku pun naik menyampah gan org spesis cam nih...last2 dia sendiri menampakan kebodohan diri sendiri...

encik blabber patut cakap camni kat brader tu...

'do i care!!'

Alia said...

lol, aku ada kawan kerja yang cakap pong pang pong pang buat itu ini. Tonggang arak lah, perempuan la. Lagi macam celaka bila dia siap tunjuk aku email perempuan tu ajak one night stand (siap dengan gambar).

Motippp nak bagitau aku???

Dia bangga sangat ke hidup ala-ala westernize tapi muka macam batak tu?? I couldn't care lesss okkkkk.

omgpls.

Ann said...

patut mmber tu balas, 'ko kan pandai'..iya kan ajer.

Fyza d.Hana said...

dengan orang macam ni.. lebih baik kita diam n senyum je setiap kali dia bercerita..

jgn stresskan diri dengan orang-orang macam ni.. ;)

Salman said...

Aku stress gile dgn org mcm ni. Lebih baik aku diam je berkurung dalam bilik xdelah dia nk sembang dgn aku. Xde aku sakit hati.