20111218

Teka teki senang.


Apakah menu wajib di hampir setiap kenduri kahwin masyarakat Melayu?

Ye, tak lain tak bukan, ayam masak merah, daging rendang, acar buah dan kuah dalca.

Why can't we have tom yam or sup tulang at a wedding eh? How I wish some of the caterers are a wee bit creative in diversify their menu.

Gambar jawapan teka teki di atas. Anyway banyak kan aku makan? I wonder mana pergi semua lelemak ni.

Cerita pasal makanan di kenduri kahwin ni, minggu lepas kami anak beranak kesakitan perut akibat daripada makanan di sebuah kenduri ni.

Kesian, catering punya pasal, tuan rumah dapat nama buruk.

Disebabkan sudah setiap minggu menghadiri majlis kenduri kahwin, maka minggu ni aku nak berehat. Selamat pengantin baru pada yang berkenaan. Kepada sesiapa yang pergi kenduri kahwin hari ni, enjoy yourself.

Dan kepada caterer-caterer berkenaan, tak payah la fikir untung sangat kot. Kalau masak dengan ikhlas dan kasih sayang, mungkin lagi bertambah kesedapan menu anda.

20111217

Baju Melayu saya.



Kalau dulu bila saya dan kawan-kawan memakai baju Melayu dan bersiar-siar di bandar Edinburgh, mat salleh akan memandang kali dua kali sebab memikirkan kami memakai pyjamas.

Tapi kalau sekarang, instead of memikirkan kami as orang gila yang pakai baju tidur bersiar-siar di bandar, tentu mereka memikirkan sesuatu yang lain.

Alahai.

Penulisan dan kita.



"Ala, dia anak orang kaya. Cuba kalau bukan sebab bapak dia, jangan kata BMW, Kancil pun tak mampu nak beli agaknya" 

Berdasarkan ayat kat atas tu tell me which parts of the sentence shows that I am not jealous of that anak orang kaya? It's obvious, no?

Pada saya life is simple. Jangan sesekali kita buang masa untuk merumitkannya dengan perkara-perkara tak perlu. Biarlah orang nak berlagak ke, nak membodohkan diri ke, selagi kita physically unharmed, mentally unhurt, monthly wages undisturbed, biarkan saja. Biarkan dia happy dengan cara hidup dia, dan kita tak perlu nak meng"happy"kan diri dengan perkara-perkara yang men"degrade" kredibiliti diri sendiri. No class. Apa yang kita tulis in public ni really reflects the way kita berfikir. And somehow a yardstick of somewhat our level of maturity and sensitivity.

Lainlah kalau ada individu yang secara terang-terang nak bagi kita sakit hati dan "jatuh", there's always a way to deal with these people. But still you don't need to low yourself that much.

Entry ni bukanlah serangan peribadi kepada mana-mana individu, tapi saya berharap semua pihak yang menulis bertanggungjawab dengan apa yang ditulis (unless you are the type "suka hati aku lah, blog aku, nak tulis apa pun kau apa susah?"). Feel free to write anything, tapi biarlah berasas. Feel free to troll, tapi kalau tak sedia untuk ditroll balik, baik buat hal sendiri saja. Jangan berumah di tepi pantai, kalau takot dilambung ombak.

I love healthy debate. I don't mind losing as long I lose to a legit facts, concrete reasons and reasonable spiel. But if the opponent keep dodging my questions, it's  HUGE sign that I must stop fighting. It's not worth my time plus I don't want to end up being another loser, just like the opponent.

Lastly, saya minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan apa yang saya tulis. Sekali lagi, ini bukanlah serangan peribadi, cuma meluah rasa hati. "Pung pang pung pang" macam berani sangat, tapi bila di"pung pang pung pang"kan balik, terus kecut, tak ke lawak tu?

20111213

Apa salah aku?


You know the feeling when strangers hate you for you being yourself.

The "what did I do wrong" feeling.

That.

20111209

Satu soalan tak penting, tapi aku nak tahu juga apa jawapan korang.



Aku 100% pasti korang pun macam aku juga. Curious nak tahu macam mana some of the anonymous bloggers look like. 

Satu soalan. Kalau that particular anonymous tak seperti yang korang gambarkan, adakah anda tidak akan lagi meminati beliau? (wah, macam artis). Yelah kot, cakap pung pang pung pang dalam blog, alih-alih tengok muka nerd. Rasa nak lempang sampai koma saja.

Sekarang ni persoalannya, korang (termasuk aku) minat apa yang ditulis ker, atau minat si penulis?

Untunglah orang cantik dan hensem. Kan? Kan? Kan?

Tulis macam palat pun, bulan-bulan Nuffnang kasi RM5000.

P/S: Rezeki masing-masing, ye tak?

20111206

Lain makna.


"Berputus asa" dan "tidak mahu lagi membuang masa" adalah dua perbuatan yang jelas berlainan maknanya, kan?


Demi waktu, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.


Titik.

20111205

Batu Belah Batu Konkrit (Bonda). Parit Jawa is the movie to die for.

Saya akan menangis 4 hari 4 malam kalau lagu ni tak menang apa-apa anugerah kat Malaysia. Mungkin juga merajuk membawa diri ke Scotland (bajed anak sadara Ananda Krishnan saja bercakap style macam ni).

Ok, tak kelakar.

P/S: Ok, supervisor dalam bahasa Melayu ialah penyelia. Sengal, itu pun boleh lupa!!

20111202

No hard feeling, no heart feeling, no hurt feeling.


Aku tak berapa suka dengan orang yang terdesak nak tunjuk pandai. Konon rasa cool kalau dapat kesan kesalahan tatabahasa seseorang. Dalam bahasa Inggeris. In public.

Supervisor aku salah satu contohnya. Akak opis dulu ada pesan, contohi beliau. Daripada technician, dah jadi supervisor. Daripada budak kampung yang tak tahu berbahasa Inggeris, sekarang dah OKlah.

Hari tu dia cakap kat aku "I pun tak faham kadang-kadang email mat salleh ni. Ingatkan pandai sangat. Nak tanya WHERE are you, tapi tulis WAY are you".

Bagi aku, normallah kot. Tersalah taip macam tu. Aku pun pernah sekali nak cakap "writer's BLOCK", tapi tertulis "writer's BLOG", yang kononnya nak menunjukkan aku takde idea nak menulis. Itulah padahnya kalau malas nak prove proof read.

Dalam ghairah supervisor aku nak tunjuk pandai, tapi dia sendiri masih ber "that's mean". Acaner tu?

Before I signing off, supervisor dalam bahasa Melayu apa ye? Puas aku fikir dari tadi.