20120517

Picisan tu apa?


Disebabkan entry pasal bodoh sombong ni, me dapat beberapa email daripada pembaca yang sebenarnya berkongsi sentimen yang sama dengan apa yang me rasa. Jadahnya bahasakan diri me ni?

Ada satu email ni tulis "blogger tu mana baca blog-blog picisan macam blog kita ni". Untuk rekod, dah banyak kali aku dengar orang cakap camtu. Lebih kurang blog-blog hidup segan mati tak mahu ni is equivalent to picisan.

Segeralah aku membelek-belek apa yang aku tulis. Segera juga aku buka lawan web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengetahui makna picisan itu sendiri. Apa yang boleh aku simpulkan, kesian bila ada yang melabelkan picisan dengan jumlah pembaca. Like the less pembaca, the more picisan the blog is.

Kalau bilangan pengikut dijadikan ukuran, kesian lah sama si Yuna. Tentu blogger tu labelkan beliau sebagai picisan juga. Lagu sedap meletop sampai ke USA, tapi peminat dia tak seramai orang minat Dato' Siti.

Well for me, for ones to label any particular blogs as picisan has already make themselves picisan. Who are you to judge? How good is your writings?

Lantaklah apa orang nak kata, tulislah apa nak tulis, yang penting, baju-baju Hard Rock, aku beli guna duit sendiri, Tidaklah sekadar kirim dengan air liur saja, lepas tu dok pakai berlagak macam dia dah pernah pergi sana, walhal.....

Tetiba nak dengar lagu Roman Picisan.

Ok. Sekian.

theblabber: Baru tahu Melaka pun ada Hard Rock Cafe. Kemainnnnnnn..