20110331

Of Mak Sue.


Entry saikosis sebelum ni terpaksa didelete atas sebab2 yang tak dapat diumumkan di publik (ini macam ka eja public ni Malay?) Makanya untuk itu, marilah kita menulis perkara2 yang menggembirakan saja.

Entry ni khas untuk Kak Sue, or Mak Sue, Suraya Sulatin or Choyaya or whatever people called her.

Mak Sue (jap2, nak pi amek kertas yang aku dah jot down malam tadi point2 apa nak tulis. Haha),

Siapa sangka kan, daripada email kau sebagai peminat blog kepada aku (sound effect bunyi petir), kita boleh berkawan baik sampai hari ni. Aku nak cakap terima kasih banyak2 sebab sudi berkawan dengan aku yang serba kekurangan lagi hina ini.

Terima kasih sebab jadi a real friend during the ups and downs,
Terima kasih sudi pinjamkan telinga masa aku nak bercerita,
Terima kasih bagi pinjam bahu masa aku nak menyandar.

Terima kasih juga for having faith yang suatu hari nanti aku akan berjaya dan juga hot.
Terima kasih untuk kata2 semangat tatkala orang lain sendiri tak percaya kat aku.

Teringat lagi masa mula2 aku bagi kau FB aku. Gila tak boleh blah reaksi kau. Told you, aku ni gemok, pendek, hitam, tapi tak caya.

Teringat lagi satu entry kau yang ada stranger buatkan kau tersenyum dan hilang sedih di hati dengan tulisannya. Aku tahu stranger tu aku, tapi aku malas nak perasan lebih2. (reputasi kena jaga beb!!)

Dan, bangga lak aku gambar kari ayam aku masak berjaya mempengaruhi kau untuk masak benda yang sama untuk suami tersayang, Abang Saz.

Kata bestfriend dengan aku (dan2 mengaku kawan baik), tapi haram sekali pun tak pernah bawa jumpa Fouziah Gous tu (tiba2 minat dia. Hahaha)

Mak Sue,
If I am gonna get married soon, sure kau orang pertama aku bagi tahu (*kata nak suruh kau jadi pengapit?Gila,tak pernah buat kat orang pengantin laki pengapit perempuan. Haha).

Mak Sue,
Aku nak bagitahu satu benda. Tapi janji jangan marah ek. Aku kan.....sebenarnya kan.....hmmmm. Janji? (haha) Aku kan sebenarnya tak pergi pun test pilot kat Air Asia masa Chinese New Year lepas. Sebab tu aku refuse to talk about it. Tapi Air Asia panggil gak amek test tu bulan June nanti. Tengok lah macam mana. Jangan marah ek, nanti marah dah tak nampak muda (bunyi cengkerik tiba2). Aku memanglah teringin sangat nak jadi pilot, tapi penatlah kot nak belajar lagi. Hmmm.

Mak sue,
Aku masih ingat lagi email mu 2 tahun lepas dimana kau beriya2 berjanji untuk belanja aku makan seafood di Lalachong sekembalinya aku di Malaysia. Dah dekat 6 bulan aku balik, mananya seafood tersebut? (muka berang)

Mak Sue,
Sila doakan aku dapat kerja cepat2. Biar aku je lah yang belanja kau dengan Abang Saz (mungkin juga Poja??) makan di LalaChong. Nak tunggu kau belanja takot nanti kempunan. Plus aku rasa ni cara terbaik nak suruh kau constantly doakan aku. Haha

Oklah Mak Sue, aku doakan semoga Mak Sue dengan Abang Saz dapat baby cepat. Sure nanti baby tu comel macam aku parentsnya (dah kata menang pertandingan XYZ. Lagi berani nak cakap kau tak cantik? <--kena ugut ni selalunya)

Oh sebelum terlupa, kepada sesiapa yang tercari2 di mana untuk makan di mana2 restoren, jangan malu jangan segan untuk bertanya Kak Sue, dia memang handal dalam bab2 makan memakan ni.

Again Kak Sue, terima kasih untuk semua2. (sambil menguap). Eh jap, jangan menangis lak bila baca ni. Kau tahu kan, aku tak suka kau jadi pondan. Haha

theblabber: Betul kan restoren tu nama LalaChong? Aku pakai tibai je ni.

20110329

Laughing stock.


Orang yang nak menyokong/menyebelahi/mengapi2 mana2 belah pihak tanpa mengetahui cerita sebenar atau tanpa mengenali siapa2 yang dibangkang/dibenci (tanpa sebab) itu adalah ibarat sudah bodoh lagi membodohkan diri sendiri.

Enough said.

Eh jap. Gelak sikit. Kah kah kah.

theblabber: Makin hari, makin aku suka pula "Favourite Quote" ciptaan aku kat sidebar sebelah ni. Tak sangka agak puitis aku. LOLOLOLOL.

20110328

Ulasan Hikayat Merong Mahawangsa.

Gambar hiasan. According to a friend (nama dirahsiakan, takot menjejaskan reputasi beliau. Hehe) hers can not be even considered as boobies (let alone sexy). It's a bee sting. That's it.

Dah dekat 3 minggu menonton, baru tergerak hati nak buat review (*masalahnya perlu ke aku nak buat ulasan ni? Ada sape2 bayar ke? Haha*). Let's make this one short and precise. The things that I like about this movie are;
  • The script. I mean, who would have thought Amir Hafizi can be that creative with bahasa melayu sastera.
  • Ummie Nazeera and Khir Rahman. If it were not because of these two umats, I would have fallen asleep throughout the 2 hours period.
  • The CGI, you bet! Albeit towards the end of the movie, you'll find some of the scenes appeared to be something like copy and paste ones (or asal siap), but kudos to the big effort of making this movie something that is not typical Malaysian rempit or horror film.

Oh, 3 isi kandungan je? A'ah (*cakap dengan nada konfiden lagi angkuh*).

Overall, a good movie nonetheless. Go watch with open heart and support our local scene.

theblabber:A friend claimed that he managed to catch a glimpse of the Princess toooott (does it necessary to include this part anyway?) during the shower scene. I wish I have that "sharp" eyes too, but I guess it's just another bee sting. ZzzZZ <--- bunyi lebah lagi.

20110327

Luahan hati seorang blogger di pagi Ahad.


I am no longer feel this blog belong to me. I mean, I don't really feel the "freedom" to write anything about what I feel and think. Disebabkan banyak orang yang aku kenal dah baca blog ni, I have to limit the content of my writings. I no longer can be as loud as I was before, knowing someone might get hurt or offended with what I write. Kadang2,kita citer pasal si A, si B lak terasa. Kadang2 takde kena mengena pun dengan A mahupun B, tapi dua2 pun nak terasa.

Gambar selingan.

Like for an example, entry Imam So Not Muda kat bawah ni, aku terpaksa delete satu sentence sebab takot ada pihak2 yang terkecil hati. Yes, ONE hell of sentence that could jeopardize a friendship. Contoh lain bila aku nak tulis pasal tak puas hati kat seseorang or aku terasa hati dengan orang lain. It's always take me sometimes to think whether or not to write about it here. Macam baru2 ni, ada kawan dok sindir2 aku dalam blog and on FB lak dia enjoy bila kawan2 dia gelakkan aku. Well, if those teasing and laugh can satiate beliau (*I still have respect*), let it be. I've done my part by apologize. After all, it was my fault. Redha saja.

I ain't no perfect,and I accept it. Penatlah kot aku nak terus acting like a kid (*Mak, see how much your boy has changed. Bangga tak?*).

Tapi bila fikir2 balik, why would I try so hard nak menjaga hati2 orang lain, padahal hati2 yang aku dok jaga tu has never bother to care about my feelings. Tapi takpelah, حبل من الله وحبل من الناس (*wow..dah pandai tulis jawi sekarang?*) Apa guna nak cari redha Allah, tapi hubungan sesama manusia hancur kan?

Ok enough ranting about something that is completely futile. I can't expect people to be as what I expect them to be. People can judge, but they hate to be judged. They can critics, but they can't accept critics. Why? Because truth hurt and they refuse to be realistic, that's it. I believe what comes around goes around. You do shit to others, others will make shit to you. Tak payah balas balik, budak tak cukup sifat je buat semua tu. Simple as that.

Eh, rasanya isi kandung entry ni macam dah divert daripada main point aku iaitu-aku dah tak rasa bebas nak tulis apa2 macam dulu lagi. Yang dok pergi merepek pasal friendship ni pe kes? *ah, kata mari merepek*.Hahaha.

Dan sebelum mengakhiri karangan panjang lebar hari ni, aku hidangkan hiburan ringan untuk tatapan bersama. Enjoy video kat bawah ni yang tiada kena mengena dengan main point entry. Aku letak pasal depa creative dan soloist itu suaranya merdu sekali. Apa2 pun, happy Sunday people!! What's for breakfast? (*dah tengahari baru nak tanya breakfast?*)


theblabber: Thanks to ila ni for also noticing the lose within me *bajed bagus ni nak orang concern pasal diri*.Your comment of previous entry is very much appreciated.

20110325

Imam Not So Muda.


Again, I'm wide awake at this wee hours. Perut pula lapar. Since I have no sensible thing to blab about but hell feel like to write, saya nak bercerita pengalaman menonton Imam Muda. What? Kecoh gila. Haha.

Tadi buat kali kedua saya menonton Imam Muda. Kononnya nak tengok Top Chef, tapi cerita tu membuatkan perut saya lagi lapar. Seriously, saya suka gila amat program ni, I mean Imam Muda. No wonder kuar BBC hari tu. Eh ke CNN? Lantaklah, yang penting ada gak ilmu2 yang dapat saya korek. Apa yang lagi penting, ustaz yang datang rumah ni setiap minggu mengajar Lelaki Macho mengaji dulu beriya kata nak cuba masuk Imam Muda. Well, kalau dia join, leh tumpang glamor *gila glamour juga aku ni eh?*. Aku undi habis2. Sanggup topup setiap hari.

Tadi cikgu2 kepada Imam2 Muda tu tanya soalan pasal aurat, terus saya rasa berdosa pasal tengok rancangan keagamaan pakai boxer. Lantas dicapai bantal sofa untuk menutup apa yang patut. *eh, perlukah dielaborate yang ini?

Bila tengok Imam Muda ni, lantas terus saya reflect diri sendiri yang penuh hina ini. If I could turn back time *ayat cliche orang2 banyak dosa*, saya taknak buat apa benda yang tak patut yang pernah saya buat. Tapi tulah, a weak being macam saya *alasan cliche pada mereka yang banyak dosa* lemah betul pada tuntutan syaitan durjana. Berat sungguh bahu kiri saya. Banyak la yang saya nak ubah. Saya tak nak buat itu, saya tak nak cuba ini. Macam-macamlah.

Saya teringat ada satu malam tu saya terjaga daripada tido dengan perasaan yang hmm "what if aku mati now?" Saya rasa takot gila masa tu that saya bangun sambil zikir2 apa yang patut, buka lampu bilik, duduk tepi katil then........terus sambung tidur balik pasal mengantuk. Setan kan perangai aku?*terus tukar kata ganti diri*.Bukan nak qiamulail ke apa. Ish ish ish.

Saya sempat salin satu ayat yang diungkap *ayat karangan* oleh salah seorang imam muda tu tadi yang mana dia ada kata- Selemah-lemah ilmu adalah apa yang kita ungkapkan, manakala setinggi-tinggi ilmu adalah apa yang kita zahirkan. Saya rasa potongan bait2 kata tu molek *ayat karangan lagi* dikongsi bersama kerana walaupun kita bukan maksum, tapi sekurang2nya kita masih ada akal untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Masih boleh berfikir untuk berkata yang baik2.

Gambar hiasan. Iyad will be back to KL today. Can't hardly wait. Uncle Boy missing him badly. Anyway, sometimes I wish to be remain the never-grown-up-cute-little-boy.

And yes, if I were been asked who do I envy the most, it will be none other than Ustaz Asyraf dan ustaz yang dapat second place tu *tak ingat nama, gila ingatan jangka pendek pasal banyak dosa*.Kadang2, saya berharap ada kawan seperti depa berdua untuk mengingatkan saya mana yang patut. I mean, there are people yang macam ni around me, tapi depa ni annoying *petir berguguran di udara*. Yelah, kau nak citer pasal itu ini, tegur itu ini, tapi selamba je ko tayang gambar pakai seluar pendek kat facebook, tak dosa ke tu? Aku malas je nak retaliate balik sebab nanti nampak lak bangangnya. Tapi tulah, nak kira yang perfect je baru boleh tegur, takde sapelah yang boleh tegur dan ingat mengingati kan?

Anyway, aku google gambar ustaz Asyraf, keluar muka Asraf Muslim. Apa kaitan entah. So I decided to put my nephew's picture instead. Lagi best. Sebelum setan menghasut dengan fikir yang bukan2 lagi, moleklah kiranya saya tidur dulu. Lagipun tengah hujan tu. Sedap tidur ni. Yay. Eh silap, alhamdulilah.

Sekian tazkirah Jumaat hari ini.

Night. Salam :)

theblabber: Eh wait, Imam Muda ni tak pakai SMS kan? Hihi

20110324

SPM


"Saya tak sangka dapat semua A+, sebab masa peperiksaan percubaan,saya hanya mendapat 9A sahaja".

Itu dia kata2 salah sorang pelajar cemerlang SPM tahun ni. Dik, kalau dah duduk MRSM, dan peperiksaan percubaan dapat straight A, tak perlu lah merendah diri sedemikian rupa. Haha. Abang dulu relax je result trial nyawa2 ikan. Susah gilo soalan trial MRSM -alasan tak nak mengaku diri kurang pandai sebenarnya.Haha.

Apapun, tahniah pada yang berjaya. BUT, please jangan fikir SPM adalah segala2nya. I have a lot of doctor friends yang result SPM depa lagi teruk dari aku but now a proud doctor. Dan ada juga keputusan SPM yang canggih manggih terkandas di tengah jalan. Apa yang penting (selain duit), know what you want in life, NOT what your parents' want. Ok? Usaha dan doa penting juga.

Tangga-tangga kejayaan. LOL

Go consult orang yang lebih berpengalaman dalam hal2 ni. Jangan jadi macam aku. Ambil degree entah apa2 kat satu universiti di utara Malaysia nun (babik!!), tapi alhamdulilah dapat cover balik dengan pergi UK tahun lepas. But still, bila tengok kawan2 lain jadi doktor, hati mula rasa sedih lagi gundah. Haha (so typical third world class minded lah you, Blabber). Apapun, am content with what I have now.

Again, tahniah pada yang berjaya, dan kepada yang tidak, jauh lagi perjalanan hidupmu, dik (haha). Rezeki semua kerja Tuhan. Have some faith ok? (macam siri bercakap kepada diri sendiri).

Cheers.

theblabber: Ada ke budak SPM baca blog ni?

Kawan jenis bercakap tak mahu kalah.


Ada satu spesis manusia ni jenis bercakap tak mao kalah. Kalau kau cakap ko ada apartment, nanti dia cakap dia ada kondo. Kalau kau cakap kau ada degree, nanti dia cakap dia ada post doctoral. Kalau kau pandai dalam bidang-bidang tertentu, dia cakap pun pandai juga- siap ada sijil.

Kawan aku mengadu semalam dia kecik hati bila kawan baik dia jenis stok cakap tak mao kalah. Frankly, siapa-siapa pun akan rasa annoyed juga. Tapi lagi kesian dekat kawan aku ni, bila the other kawan macam merendah-rendahkan dia supaya kawan aku boleh senyap daripada terus berkata-kata.

Bagi aku senang, kita back off. Mengalah bukan bererti kita kalah. Cuma memberikan lebih masa kepada dia untuk terus membadutkan diri. Kalau orang ni cakap dia pandai, yang kau pun tak mao kalah nak up diri pandai juga, sampai bila tak sudah. At the end, dua-dua kelihatan tidak pandai.

Dan bila aku bercakap "bongok juga aku cakap camtu eh" dan kau boleh mengiyakan pula, tidaklah sesekali bermakna aku betul-betul bongok. Cuma aku nak rasa the pleasure of mengalah (dan merendah diri, mungkin). Padahal kalau aku nak balas boleh je. Cari je kelemahan kau, dan kasi hentam kaw kaw. But that's not me. Really. Pasal merendah diri tu sendiri dah bagi kita kemenangan, dalam tak sedar.

After all tak rugi apa pun kita jadi matang, kan?

Wise men are not always silent, but they know when to be.

theblabber:Teringat ada satu brader masa aku buat degree dulu begitu bangga citer dia menonggang arak sebotol sekali hirup dan betapa dia dulu pernah tidur dengan ayam Thailand. Aku ada kisah kau nak bertelur ke, bertanduk ke, nak beranak sekali pun aku tak peduli. Tapi tulah, kesian sama dia. Entah apa dia dapat dengan membangangkan diri cakap camtu pun, aku kurang pasti.

20110323

A kind reminder.

Let's polish up the rusty mind.

Kalau anda membeli belah di Amazon.com, dan anda pula berada di Malaysia, sila lah jangan opt for "Expedited International" shipping. Takde bezanya dengan normal shipping as they arrived at the same time. Sama lambat. Yang bezanya buang duit je 40dollar untuk delivery 2 buku ni, which kalau normal shipping 20dollar je. Konon kalau expedite boleh sampai dalam seminggu. Tapi haram.

Dah la sampai lambat. Kena ambil pula parcel ni kat pejabat pos atas alasan- tak muat masuk peti surat. Arghh, tak boleh terima akal alasan Pos Malaysia. Mati2 aku ingat pasal kena charge VAT ke apa, rupanya sebab peti surat rumah aku kecil sangat.

Oh VAT tu apa? Nah baca sini. Aku pun taktahu nak elaborate camne.

Damn it. Aku rasa researcher(s) should include in their list that sakit gigi is one of the factor that contribute to Irritable Male Syndrome (IMS). Too much anger today. Haha

Apapun adik-adik, ingat pesanan abang blabber (tak glamer langsung nama) ni- Jangan sesekali amek expedite punya shipping. All you need is a little bit of patient. (sambil memadankan diri sendiri yang tak penyabar).

Asobruminal iman.

Good night. Tidur ketat!

theblabber: Memanglah shopping is the best therapy, lepas tu dah pokai, macam mana nak happy?

20110322

Sila behave.

I seriously in need of this toothpaste by now. Can not tahan anymore. The gum is terribly throbbing. tsk tsk

Hari tu the dentist cakap aku kena buat root canal. Lepas root canal tu, kena buat crowning pula. Tapi aku tak nak sebab ada kawan aku tak sempat buat crowning, root canal dia dah pecah. Tak ke membuang duit tu? Almost RM1500 kot semua kos nak buat natang haram ni. I am no old money lad.

Jadi, instead of membuang duit, aku try ProReflief ni, and it works!! No more sakit gigi. But now it seems that I really have to depend on the ubat gigi only-for the whole entire life. Mengada dowh gigi ni. Ubat gigi murah dia tak layan. Damn it.

Oh gigi, sila behave. I still need you.

Sekian entry yang entah apa-apa ketika tengah sakit gigi.

Yang pasrah,
theblabber.

20110321

Aku tak faham.


Aku tak faham kalau orang nak tanya soalan bila nak kawen kat aku. I mean hmm being jobless, mana ada anak dara yang nak kot kan?

Soalan tu layaknya tanya kepada mereka yang dah stabil kerjayanya, cantik keretanya dan besar pula rumahnya, tapi still tak kawen-kawen lagi.

Aku tak faham juga bila orang tanya bila nak kerja. I was like hmmm. Bukan aku tak cari kot?

Dude, if I am able to answer those 2 questions, surely I know when I'm gonna mati soon, too.

So let's Tuhan buat kerja Dia. And you, sila ada common sense sikit by asking a good question instead,like-apa sumbangan anda terhadap pembangunan ummah etc.

Ok?

Benda-benda yang korang tak perlu tahu, tapi aku tulis gak pasal takde idea nak update blog.


Cari manusia tersembunyi. Siapa dapat cari aku, memang teror.
Satu.
Sampai sekarang aku takde guts nak pakai baju V-collar. Terfikir untuk let go my Hard Rock tshirt, tapi sayang lak.

Dua.
Selalu beli baju yang lebih besar saiz daripada saiz badan sebenar dengan fikiran -takpelah, next year badan dah besar sikit. Hasilnya, I have like pairs of oversize baju melayu yang until now taktau bila nak kelihatan sedap mata memandang di badan ini.

This could be the reason why I can't muster the guts to wear v-collar tshirt,too.

Tiga.
Since badan tak berapa nak taf, takde bahagian kat tubuh badan ni yang aku suka. I mean, orang kan selalu tanya "which part of your body do you like most".Kalau ada orang tanya macam tu, aku dengan relax akan jawab "my teeth". Hehe

Empat.
I don't really take breakfast. Don't know why.

Lima.
Saya a bit reserved to stranger. Disebabkan ini,makanya selalu disalah tafsir sebagai sombong. *terkilan*. Take few minutes or hours baru tak segan2 dah.

Enam.
Saya ni sensitif kot. Tapi tak tunjuk, ala-ala pendamkan saja di sanubari. Haha. Eh,as I grow older, saya rasa now ni banyak benda yang saya prefer untuk pendamkan. Kalau dulu, cakap nak menang saja (as long saya tahu saya betul).

Siyes kesian kalau ada orang2 tua pesen cakap nak menang. Pretty much membodohkan diri je aku rasa.

Tujuh.
Dulu kan, masa form 1, saya pernah bertumbuk dengan sorang mamat racist ni. Dia menangis. Minggu depannya dia panggil satu gang nak revenge. Bodoh lah sekolah aku dulu. Sampai bapa aku nak tukarkan sekolah lain. Habis reputasi sebagai ketua kelas dulu.

Eh tiba2 teringat masa form 1 dulu, saya super romeo. Gila tak boleh blah nak kapel2 masa kecik. Sampai ada pompuan nangis tuh tengok aku dating dengan orang lain. Paling tak boleh blah, ada curi2 amek gambar aku. Hahaha. Guling-guling bila teringat balik. Dasar budak budak!!

Lapan.
Saya tak beli imitation punya barang. I mean, kalau mampu, saya beli. Kalau tak mampu, telan air liur saja. Simple as that.

Sembilan.
Saya pernah bergadoh dengan lecturer masa buat degree dulu. Dia marah cara saya pandang dia. Bodoh gila cari gadoh dengan student pasal tu. 'Kecik' gila aku tengok dia masa tu.

Oh, it's pretty much summarized that aku hot temper kot. Tapi now dah tua macam cool sikit :)

Sepuluh.
Tu je lah yang dapat fikir now ni. Perut lapar. Mungkin aku patut mengkesampingkan point nombor 4 tu hari ni. Tambah2 lagi, sedap pula bau nasi lemak mak aku masak kat bawah tu.

Chow. Oh, selamat berkerja yowww.

theblabber: Entah apa-apa. Kejap aku, kejap saya.

P/S: Cerita pasal nombor 9 tu, terjumpa pula blog lama kat friendster dulu. Aik, I thought dah tutup friendster, blog pun gone?

20110320

Mata masuk habuk.


Tak tahu kenapa terdetik hati aku nak google email sorang kawan aku ni malam semalam. Dan entah macam mana, mungkin Allah nak tunjuk, tertera email dia dalam satu forum ni. Melalui forum tu, terjawab lah segala persoalan mengenai kehilangan dia sejak dua menjak ni.

Hilang mengejar cita-cita sejak kecik. Aku serius kagum dengan kau wahai sahabat. Kerja kau sekarang je pun dah bagus, kau sanggup quit semata-mata nak kejar cita-cita kau. Aku memang kagum dengan semangat kau dalam mengejar apa yang kau nak dalam hidup. Tak pernah kenal putus asa.
Teringat dulu SMS aku pada dia,
Aku jeles dowh dgn kau. Kau apply jelah apa je, kompem dapat. Pengacara TV dah, dapat offer keje kat XYZ tolak, ABC offer pun kau tolak. Siyes aku jeles.

Dia replied,
Tapi ada juga apa yang aku taknak Tuhan bagi kan? Aku tak nak penyakit ni,bro.

Pendek mesej dia, dan cukup membuatkan mata aku masuk habuk.

Betul Tuhan Maha Adil kan. Ada yang kita ada, orang lain takde. Likewise. Dan Tuhan, semoga Kau makbulkan doa aku untuk lihat dia sembuh suatu hari nanti.

Amin.

theblabber: Selalu terfikir kalau Tuhan nak tunjuk, tak payah sorok-sorok. Dan semoga tidak terbukalah aib aku di dunia mahupun akhirat kelak. A weak being, I am.

p/s: Dapat idea nak sambung cerpen-pendek-gila pasal Aminah dan Jimmy. Yay. Nantikan!! (cett,macam ada orang hadap sangat nak baca. Haha).

20110317

Titik.



Saya (??) rasa saya dah jarang berfikir akhir-akhir ini. Berfikir yang boleh membuatkan saya menulis. Menulis untuk saya sendiri, dengan komen-komen pembaca.

Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Banyak juga yang saya rasa tidak perlu saya tulis semuanya di sini.

Saya rindu jiwa saya yang dulu. Sungguh.

Tapi untuk satu yang pasti, saya rasa hati saya sudah mati. Sudah mati untuk berharap. Berharap dalam banyak perkara.

Kesian sama hati. Sudah berapa kali dia remuk. Dan bukan mudah pula untuk dipulih. Maaf kerana gagal menjadi tuan yang baik. Nasib akal masih sudi membimbing.

Dan still, belajar menjadi redha bukan perkara mudah bagi saya sehingga ke hari ini.

theblabber: If you able to read this, I miss you. Yes you, my previous dear self.! I really do.

20110316

Cerpen daripada pembaca blog ini untuk hadiah birthday pakwenya yang menurut beliau berinspirasikan kisah aku yang marhaen ini.


Ini ialah cerpen yang aku pernah mentioned untuk entry "Apa yang aku dapat dari memblog" dulu tu (rujuk point nombor 6). I decided to publish it here atas persetujuan penulisnya (yang juga pernah menulis beberapa buah buku sebelum ini).

Enjoy!!

Cinta Blogger.

Siapa kata dari mata turun ke hati? Dari tulisan juga mampu menggegarkan jiwa. Betullah ibarat kata pepatah ‘mata pena lebih tajam dari mata pedang’.Tulisan yang ‘pedas’ boleh menjatuhkan. Tulisan yang romantis boleh mencairkan gadis.

Blog, medium meluahkan perasaan, apa yang dialami dan buah fikiran yang ingin dilontarkan. Aku mula menulis blog dari pengaruh kawan yang mendapat duit dari hasil tulisannya. Walaupun bermula dengan tujuan yang salah makin lama aku mula bertemu rentak dunia blog. Kisah keluarga, apa yang dimasak hari itu, panduan dan petua memasak, dunia artis dan hampir segalanya boleh dijadikan isi entri waima kutuk-mengutuk antara blogger menjadi santapan minda.

Aku mula mengenali ‘si dia’ hasil melompat dari satu blog ke blog yang lain. Hanya tulisan yang ringkas dan lebih banyak merepek tentang sekitarnya. Namun isinya padat dan membuka minda.

‘Si dia’ menghiasi senarai blog yang aku baca setiap hari. Tanpa butir diri yang jelas menjadikan ‘si dia’ ini lebih misteri orangnya. Gambarnya juga disamarkan sentiasa dengan tujuan tiada siapa yang dapat mengenali dirinya. Aku juga tidak pernah mengambil tahu akan jantinanya. Hanya suka membaca hasil tulisannya.

Dari hari ke hari dia mula merepak tentang dirinya, kesusahan mendapat kerja dan blogger lain mengutuk dirinya sedangkan dia bercakap sesuatu yang benar.

Personaliti dirinya terbuka satu demi satu dan dari gambarnya aku tahu ‘si dia’ itu seorang lelaki walaupun mukanya masih disamarkan. Aku makin tertarik dengan kemisteriannya. Dari tulisannya, aku dapat tahu dia lulusan luar negara. ‘Wah belajar oversea, bukan calang-calang orang ni.’ Terdetik di hati ‘alangkah bahagianya bakal suami seorang yang bijak’. Belajar luar negara secara relevannya sudah pasti dia bijak.

Hari ini diceritakan pula kisah maknya yang comel kerana menitipkan pesanan membaca sepotong surah untuk mendapat pasangan. Walaupun kelakar bila membacanya, satu lagi jawapan dibuka. ‘Dia bujang!’

Acapkali juga mengomen entrinya tapi tidak pernah membalas. Mungkin apa yang aku nyatakan itu hanya ayat penyata tanpa perlu dibalas apa-apa. Namun dalam salah satu entri yang ditulis, seperti biasa aku mengomennya. Tidak menyangka dia akan membalasnya. Walaupun ayatnya tu biasa sahaja tapi seakan kami berinteraksi. Tidak disangka esoknya si jejaka datang mengomen di blogku pula. Kebetulan entriku ketika itu tentang hadiah hari lahir yang diterima. “ Happy Belated Birthday wish you all the best”. Cair rasa hati. Teman lelaki sendiri tidak pernah ucapkan dan selalunya tidak pernah peduli. Hati mula melonjak riang, seorang yang mempunyai ramai ‘pengikut’ sudi datang ke blog. Hari itu semuanya serba tidak kena. Terharu! Sementelahan hubungan aku dengan teman lelaki sentiasa on and off. Aku bosan.

Bila datang rajinnya dalam diri aku suka memasak dan meletakkannya di dalam blog sebagai entri. Semakin terkejut bila si dia turut memberi komen dan suka dengan apa yang aku masak dan mula membahasakan diri ku ‘you’. Cair sekali lagi! Alahai kenapa hati ini semakin berdebar. Perasankah diri ini atau si jejaka hanya bermulut manis. We both love cheese. Serasi. Membuat kesimpulan sendiri.

Aku masih senang membaca tulisannya dah mula ingin mengenali siapa yang selalu mengomen di blognya dan ingin mengenali kawan-kawannya. Gila apakah aku ini? Kalaulah dia tahu, sudah pasti aku dituduh stalker.Acapkali juga aku nampak seorang gadis yang sama sering memberi komen setiap kali. Ada sedikit cemburu tumbuh di hati. Berminatkah dia pada si jejaka! Ini dah kes berat...cemburu tidak bertempat.

Aku menjadi tidak keruan bila setiap hari mahu mengemaskini blog supaya si jejaka tahu aku sentiasa online. Ternyata apa yang diharapkan menjadi. Dia datang lagi memberi komen. Hati mula berbunga riang. Berulang kali mengingat diri. ‘Jangan perasan! Bukankah lelaki juga yang sudah menyakiti hatimu!’ Walau di fikiran menolak tetapi hati masih mengatakan si dia akan menge-melku dan menyatakan dia berminat untuk mengenaliku. Mana mungkin aku bersikap seperti perigi mencari timba walaupun zaman sekarang segalanya mungkin.

Hari-hari yang mendatang aku masih terus mengemaskini blog. Hampa! 3, 4 hari ni dia tak datang lagi sedangkan dia sentiasa mengemaskini blognya bermakna dia ada di situ. Memujuk hati, ‘Sebelum ini dia hanya bermulut manis. Entah-entah ramai blogger lain pun dia berkata begitu’.

Sambil menyemak segala e-mel yang diterima, selintas pandangan nama si jejaka tercatat di situ. ‘Hi boleh berkenalan? Pandai awak memasak dan menjahit. Mak saya kata perempuan macam ni sesuai dijadikan isteri.’ Terkesima seketika. Aku membalas e-mel dengan menyatakan nombor telefonku. Ringkas. Adakah sinar kebahagiaan buatku? Senyumanku panjang sampai ke telinga.

theblabber: Dear Cik XYZ, thank you very much. I'm flattered. Semoga terus sukses dengan kerjaya menulis anda!! Oh, semoga berbahagia juga bersama si dia. Hikhik.

20110314

Of trolling tidak kena tempat.


The way you think you're better than others, does not change the fact that you don't look any wiser. -theblabber, 2011.

AND

Whoever undertakes to set himself up as a judge of Truth and Knowledge is shipwrecked to the laughter of the gods-Edmund Burke's Preface to Brissot's Address (1794).


Kita semua sama.
Cuma cara kita berfikir yang membuatkan kita kelihatan berbeza.

And yes, sarcasm and trolling adalah dua perkara berbeza. Most importantly, do them both with class.

Tidak Memilih.

Aku: I'll take whatever may come. Beggar can't be picky,kan?
Kawan: Ya, thats why they earn more than we do.

Haha.

20110310

Satu tangan dalam poket, satu lagi sedang membuat tanda "peace".


Saya pokai, tapi saya gembira
Saya miskin, tapi saya baik
Saya pendek, tapi saya sihat
Saya khayal, tapi saya masih membumi (??)
Saya waras, tapi saya teruja
Saya sesat, tapi saya berharap

Saya rasa mabuk, tapi saya tak mabuk
Saya muda dan saya dibayar murah
Saya penat tapi saya masih bekerja
Saya ambil berat tapi saya tidak bernilai
Saya di sini tapi saya sudah tiada
Saya salah dan saya minta maaf

Saya bebas, tapi saya fokus
Saya muda tapi saya bijak
Saya pemalu, tapi saya peramah
Saya sedih, tapi saya sedang gelak
Saya berani, tapi saya penakut
Saya sakit, tapi saya kacak.

Apa juga yang datang, kawan2ku,
Semuanya akan jadi ok
Satu tangan saya dalam poket
Satu lagi sedang menahan teksi.

20110309

Nak tambah sikit je.


Ramai dah rasanya orang tulis pasal perkara-perkara janggal dalam filem-filem Melayu dan juga status-status di facebook. Aku malas nak tulis benda repetition , sebab korang boleh baca dekat blog-blog atau artikel lain yang lagi best. Aku cuma nak tambah satu point untuk 2 perkara di atas (i.e perkara janggal dalam filam Melayu dan status di facebook).

Of Malay film.
Satu je yang aku tak berkenan ialah dubbing (proses memasukkan suara) quality most of Malay movies. Aku rasa kesian sangat tengok pelakon bercakap lain, pergerakan mulut ke lain. Macam alahai...Mungkin Usop Has A Lamp boleh menjawab mengenai isu ini pasal kelihatan sangat pathetic sekali bila suara keluar dulu bilamana mulut belum lagi terbuka untuk berkata-kata.

Harapnya takde filem Melayu yang dubbing jobnya seteruk ini.

Of Facebook status.
Aku rasa takde lagi yang sentuh mengenai status FB jenis ini, Status-yang-trigger-ones-curiosity-tapi-bila-ditanya-tak-nak-jawab. Contohnya seperti di bawah-
"Ya Allah, sesuatu yang ditakuti oleh aku selama ini telah terjadi malam semalam. Terima kasih Tuhan kerana menyelamatkan aku. Syukur."

Bila ditanya oleh kawan-kawan, seboleh daya dia nak berdalih taknak bagi tahu perkara apa yang terjadi malam semalam tu.

Memanglah hak dia nak bagitahu ke taknak, but then again, kalau taknak orang tahu, please don't even care to write. Manusia mana yang tak dilahirkan dengan sifat curiosity (walaupun ianya sering kali membunuh kucing) kan??
Agaknya kalau curiosity adalah satu benda hidup, begitulah rupanya mengikut ilustrasi Cyanide.

Nasib baik level curiosity dalam diri aku tidak setebal mana that aku couldn't be bothered to know what is it about. Thanks to the hide option.

Ok, tu jelah nak tulis. Apa-apa pun, lantak kome lah. Cuma kalau boleh, be wise lah sikit kot.

Selamat hari Rabu y'all!!

theblabber: Malam ini aku merasa gembira kerana sesuatu yang lama diidamkan telah dimakbulkan Tuhan.-Ada kamuorang kisah?? Haha.

20110307

Because True Man Hates No One-Napoleon Bonaparte.


Aku pernah sajes kat seorang lecturer di Pahang tu supaya guna poem "Anyway" ni untuk pembelajaran kelas beliau. I glad she did (secara tidak langsung aku telah menyumbang ke arah pembelajaran IPTA di Malaysia *Bangga. Haha). Poem ni asalnya dari Dr. Keith Kent dan telah diubah second half nya oleh Mother Teresa, supaya kelihatan lebih inspiring. So kira kat bawah ni, Mother Teresa lah yang tulis.


People are often unreasonable, illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.


theblabber: If I ever do any wrongdoings, I humbly apologize. I really am sorry. Cause I really wanna be a true man.

20110306

Kenapa perlu marah,(sayang)?


Of late, aku lagi prefer nak mengupdate status di Twitter daripada di Facebook (hence the hiatus-looks on Facebook). Satu sebabnya aku malas nanti orang kata "emo lah","macam bagus", "itu pun nak citer ker ke?" atau orang akan cakap "euww, annoying".

Memang tujuan Twitter dicipta adalah to throw your current/instant thought. Be it marah ke, happy ke, sedih ke, tulis je. Memang it is created untuk meluahkan apa yang sedang difikir atau dirasakan.

Cuma baru baru ni aku rasa kelakar pula bila ada orang yang
mempertikaikan status sesorang kat Twitter. Ada juga yang mempertikaikan cara penulisan tweet seseorang. Memperlekehkan apa yang orang tu rasa.

Bagi akulah, tak cool lah kot nak hentam-hentam orang tak bertempat macam tu. You doesn't look smart pun hentam-hentam camtu. Bukanlah ada orang menghentam apa yang aku tweetkan cuma bagi aku, I seriously have no problem with whatever people write on twitter, knowing the purpose of twitter. Nak tulis apa pun, biaq p lah, selagi tidak mengaibkan hangpa.

Still, in life there are things that better left unsaid (and unknown).

Kalau tak suka baca, there's a unfollow button for you to unfollow twitter yang kamu (??) tidak
suka atau anggap annoying itu. Life is easy,don't complicate it, ok?

Apa-apa pun, Happy Sunday,all!! Jangan marah marah no. Nanti cepat tua (ok,lame.I know).

theblabber: Oh ye, kepada sesiapa yang willing to read all my diatribe on twitter, feel free to add me here (promosi murahan gile. Haha).

20110304

Of Ir, Dr and Mr.


Kenapa bila ada Dr (doctor) people can refer as "doctor" or doc for short, tapi bila someone ada Ir (Ingénieur-professional registered engineer by profession) depan nama dia, people tend to panggil Ir (sebut: eye arr) instead of sebut penuh "Ingénieur" itself?

Kalau macam tu, instead of panggil mister (Mr.) kita tukar panggil am arr lah. Baru adil!! Haha

Dr Helmi: Hello am arr blabber, jom pergi solat Jumaat.
Mr. Blabber: Jom, saya tumpang kereta dee arr, ok?

Or maybe sebab matsalleh tak berapa nak kisah sangat kot dengan gelaran-gelaran ni??

Apa sebab kau berkawan dan kenapa mesti malam Jumaat?


Bila sebab kau berkawan, hanya untuk
a) mengisi waktu bosan
ataupun
b) menemani dikala sepi sebab laki/wife kau takde kat sisi
ataupun
c) Booty call
ataupun
d) dikala sesak sebab takde duit nak berhibur

percayalah, the so-called persahabatan tak kan kekal lebih dari 2 minit sekadar kawan tenggelam timbul.
Gambar hiasan yang dicilok dari sini berfungsi sekadar penghias entry.

And trust me, I have never interested with temporary relationship,let alone reasons to be my company are as listed above. Aku lebih rela berkawan dengan beruk.

Kau pergi ambil cermin, dan tenung lama-lama. "Orang" dalam cermin itulah sebaik-baik kawan. Kawan susah senang. Kawan yang takkan disappoint kau, but if he did, you, yourself will be responsible for it.

Sekian, bebelan malam Jumaat. Selamat ber"ehem ehem", have a blast.

theblabber: Based on tajuk entry kat atas tu, aku yang tak berapa pandai agama ni tak jumpa pula hadith yang kata sunat berjimak malam Jumaat. Jadi, betullah kot ianya hanya satu taboo masyarakat Melayu, bukan Islam yang unjurkan. Correct me if I'm wrong.

20110303

Tak tahan lama.


Aku sepatutnya menulis benda lain, tapi entah kenapa kotak memori gagal berfungsi dengan cemerlang ini hari. Puas dah selawat semua, namun masih gagal untuk recall benda yang aku terfikir petang tadi. Betul tak tahan lama ingatan aku ni.

Kadang-kadang aku hairan, kenapa benda-benda palat yang orang buat juga yang mampu aku ingat padahal benda-benda baik (idea untuk menulis pun dikira baik, mungkin??) susah gila nak ingat. Memang lumrah agaknya manusia tend to remember one little shit yang orang buat daripada mengenang seribu kebaikan yang pernah kita curahkan.

Been there, done that. Pernah menjadi pembuat that little shit (tak sengaja), malah pernah jua menjadi pencurah seribu kebaikan (vain giler bunyik. haha).

Pahit, tapi itulah kehidupan. A learning process to be learned.

Oh sedar tak sedar, dalam tiada idea nak menulis hari ni, entry ini pun aku kira sudah jadi satu entry, bukan?

Night!!

theblabber: Kena beli (dan makan) kismis banyak-banyak lepas ni.

20110302

Frasa "kubur masing-masing" adalah contoh sifat paling penting diri dalam diri seseorang individu.


Aku lagi suka famili yang tidak alim di mata golongan tabligh tapi masih boleh mengekalkan kemesraan antara ahli keluarga daripada mereka yang kononnya warak tapi hubungan dalam rumah ibarat orang asing. Seorang bercakap pandang ke utara, sorang bercakap mengadap selatan.

Tidak, aku bukan benci mereka yang join tabligh ni, cuma kadang2 (hasil pemerhatian sendiri terhadap orang sekeliling), aku vague atas apa yang mereka perjuangkan sebenarnya. Ada je contoh yang boleh dikagumi disekeliling aku, cumanya 1 out of 10 (kot). Sadis.

Dan contoh kat atas tu ialah satu living proof seorang kawan aku. Kasihan pada beliau. Takde apa yang aku boleh buat, selain daripada kasihan.

Ya kasihan.

theblabber: Dosa pahala masih Tuhan yang layak menghukumi.

20110301

Dekorasi.

Just in case you show up
Should I let you come over?

Just come back when you think its time.