20101129

Tiada sakit, tak dapat apa-apa.

Aku terbaca satu testimonial seorang pembeli produk menguruskan badan yang lebih kurang bunyinya macam ni

"Saya membeli produk XYZ sejak Jun lalu dan mengikuti program diet yang disyorkan Dr.ABC. Sepanjang menggunakan produk ini, saya tidak makan nasi dan hanya makan bihun sup, roti dan buah-buahan. Mulanya lapar juga, tapi lama ke lamaan, sudah jadi biasa. Saya juga menaiki tangga ke pejabat saya di tingkat 13 setiap hari untuk mengeluarkan peluh."

Nampak tak apa yang kurang bijaknya pembeli produk kurus badan cap XYZ itu? Kalau dah berbulan tak makan nasi, bukan setakat 20kg boleh hilang, 50kg hilang pun orang tak kisah. Makan lah XYZ 5 tahun sekali pun, kalau amalan pemakanan tak jaga, takdenya boleh hilang lelemak degil kat badan tu.

Ini salah satu orang kita. Taksub sangat dengan segala produk yang ada di pasaran. Dr.ABC terbahak-bahak je tergelak pasal produk dia jual tu takde apa pun, susu tepung biasa yang boleh didapati di pasaran harian biasa.Tapi kau tetap konfiden produk dia yang berjaya menguruskan badan kome.
Well, for those who can't afford to buy Dr.ABC product, all you can do is drink as much MILO as you want, but do not forget to escape heavy meals, and do exercise regularly.

Few months later, tell me about it.

Kesian kan, mereka kadang terlupa, no pain, no gain.

theblabber: Mencari ubat untuk menjadi taf, tanpa perlu masuk gym dan makan segala bala benda alah protein lain.

20101127

Berita baik dari Sudin dan Saloma.

Ye, tajuk sangat lah jualan murahan di supermarket berhampiran.

Anyway folks, still remember Sudin dan Saloma? Alhamduilah, nampaknya rezeki mereka berdua dimurahkan Tuhan apabila dikurniakan cahaya mata semalam.


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia tersebut. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru dalam rumahtangga, akan lebih menceriakan hari-hari mendatang. 4 bulan umurnya dah terus beranak. Nampak sangat gatalnya Saloma

Tahniah juga kepada tuan punya Sudin dan Saloma.

theblabber: Oh suara latar itu bukan kepunyaanku.

20101126

Mencari kesempurnaan.

Satu.
Mek Selamah, 26 tahun seorang lulusan SRP yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di Manjung. Memiliki paras rupa yang cantik, sudah 3-4 orang pakwe Mek Selamah tukar dan ganti. Pakwe nombor satu walaupun lulusan luarnegara direject kerana pendek katanya. Yang kedua pula, tak berapa nak kaya. Ketiga pula kurang handsome walaupun kaya. Yang ke-empat dan terbaru, tidak kaya walaupun handsome bergaya.

Dua.
Wak Rembo, 58 tahun ingin menunaikan solat dhuha. Namun niat murninya itu terbantut bila dia teringatkan kata-kata ustaz di masjid malam kelmarin -"Allah tak terima amalan sunat kalau yang wajib kita tinggalkan". Mengenangkan Wak Rembo ada tertinggalkan solat subuh pagi semalam, cepat-cepat dia gulung semula sejadah dan terus sambung tidur.

Tiga.
Tajuddin, 39 tahun seorang jurutera projek yang diamanahkan untuk menyiapkan satu progress report (apa ek progress report dalam bahasa melayu?) esok. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5 pagi, namun report yang sudah siap itu masih belum berada di tahap "kepuasan" hati Tajuddin. Ada saja salah yang dia jumpa dalam report tersebut. Waima kesalahan tatabahasa pun dia sanggup memperbaik kesalahan tersebut. Sudahnya, kerana being meticulous, report itu gagal disiapkan pada waktu ditetapkan, iaitu 5.30pagi.

Soalan aku yang agak mudah- Apa masalah yang membelenggu ketiga-tiga case study di atas? Ya, mereka terlalu perfectionist.

Hanya kerana Mek Selamah merasakan dirinya cantik, dia terlupa akan menilai kekurangan dirinya. Mahu yang handsome, kaya dan berpendidikan tinggi, tanpa mengetahui dirinya biasa-biasa saja (selain paras rupa yang agak menawan).

Kerana terlalu mengenangkan dosa-dosa lampau akibat tertinggal amalan wajib, niat Wak Rembo untuk bersedekah, membaca al-Quran, dan memperbanyak amalan sunat tidak dilakukan kerana beliau was-was amalan itu akan diterima atau tidak oleh Allah S.W.T.

Kerana terlalu meticulous juga detail, haram kerja Tajuddin langsung tidak dihantar. Elok saja mahu aim for perfection, maki hamun pula yang dia dapat.

Betul orang kata practice makes perfect, tapi yakinlah tiada yang bersifat sempurna melainkan Allah yang Kamil. Jangan kerana terlalu menilai kekurangan orang lain, kita terlupa kekurangan diri sendiri. Jangan kerana terlalu meremehkan sesuatu yang mudah, kita menjadi terlalu judgemental. Jangan sebab mahu sentiasa kelihatan hebat, cool kita terlupa bahawa manusia dilahirkan dengan limit yang tersendiri.
Kerana mahukan Mr.Perfect, Mek Selamah sudahnya menjadi anak dara lanjut usia. Dek kerana terlalu risau amalannya tidak diterima Tuhan, semakin was-was Wak Rembo mahu melakukan amalan pahala yang lain dan dek kerana terlalu mahukan pujian dari pihak atasan, kutukan dan kejian pula yang diterima Tajuddin.

Berhentilah menjadi Mek Selamah, Wak Rembo mahupun Tajuddin. Bukan lah tidak boleh target untuk sesuatu yang perfect, takot in the end nanti kita akan end up dengan frustration. Bagus untuk meletakkan satu sasaran dalam hidup, tapi biarlah realistik. Dan yang lebih penting, sedar ruang. Jadilah realistik, itu jauh lebih mudah. Sesekali berpijak lah di bumi nyata.

Cubalah cari di mana kesempurnaan tu berada.

Sampai mati kau takkan jumpa.

theblabber: Buat apa yang aku rasakan betul dan mampu, selagi tidak menyusahkan orang lain.

20101125

Makaceh daun keladi.

Makasih en_me untuk souvenir dari Melbourne ni. Berkat dari kejelesan aku dengan beliau yang berada di Melby ketika itu, makanya aku dapat satu t-shirt, boomerang dan satu keychain daripada bapa budak ini. Haha

Again en_me, million of thanks. Sungguh tak sangka. Hehe

theblabber: Terkejut masa beliau email minta address nak postkan souvenir tu, walaupun dia tak tahu nama aku sape. Kata anonymous (not so dah sekarang). Hahah

20101123

Entry si Jimmy yang berduka lagi lara.

Aminah cakap dia tak rasa apa-apa lagi. Katanya dia perlukan masa untuk ada balik rasa itu.

Jimmy kata, dia cool. Dia dah agak ini semua akan terjadi.

Jimmy kata dia cool, tapi dalam hati dia sakit. Ok, bukan sakit, tapi pedih. Tapi pedih juga satu sakit kot?

Jimmy tengok kat ym dia ada offline mesej Aminah. Dia malas nak reply beriya-iya. Jimmy pun tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Biarlah, ini semua keje Tuhan-monolog Jimmy menyedapkan hati.

Malam ini, bukan hati saja sakit, tapi gigi juga. Damn it. Jimmy nak tidur. Sebelum tidur, mungkin patut dia gosok gigi. Darlie white pun ada keluar iklan kat nuffnang ni. Mungkin gigi Jimmy akan putih selepas ini.

Ok, Jimmy betul-betul nak tidur. Dia tidur sambil pasang Mix FM. Motif Mix FM pun keluar iklan Nuffnang? No worries Mix, tak keluar Nuffnang pun Jimmy tetap pendengar setia anda.

Ok, now Jimmy nak ucap good night sebab selain hati dan gigi, otak juga agak sakit sekitar hari ini. Banyak perkara-perkara tak perlu yang berlaku dan banyak juga perkara-perkara tak perlu yang dia fikirkan.

Bye.

20101122

Good things don't always come twice.

Taken from here.

We tend to be more appreciative once we lose it. It's sad but true.

theblabber: Again, thanks Ain for introducing such a good website.

20101121

Lari

Kalau rasa nak lari,
lari laju-laju
biar sampai aku tak terkejar.
Biar saja aku tengok kau jauh dari belakang.



Atau adakah kau memang berlari perlahan?

20101120

Berbelanja dengan bijak.

Aku baru lepas chatting seorang kawan yang kerja di sebuah kilang yang mengadu dia berhutang RM20,000 dengan kad kredit. Katanya sebab dia nak berniaga satu bisnes jual gelang ni. Teruk juga, sampai jadi kes mahkamah akibat hutang dia.

Teringat masa aku kerja kat Saudi dulu pun, ada 2-3 orang yang mengaku tujuan bekerja kat company tu ialah sebab nak langsaikan kredit kad masing-masing.

Berdasarkan pengalaman orang-orang yang aku sebut kat atas, aku nak share sikit apa yang aku rasa perlu sebagai seorang pemegang kad kredit.

1) Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan lah sebab orang lain beli handbag Chanel, kau pun nak beli gak walaupun terpaksa ikat perut 3 bulan (yang penting dapat update masuk blog kan, Chanel tu?)

2) Guna satu saja kad kredit. Aku sumpah tak faham orang yang ada 3-4 kad kredit ni.

3) Kalau mampu, bayar lump sum jumlah hutang kad kredit korang. Kalau tak mampu, cubalah sekurang-kurangnya bayar melebihi had minima hutang tersebut. Contoh kalau had minima RM175, alang-alang tu, bayar je lah terus RM200.

4) Guna debit kad. Ha, yang ni cara paling bijak berbelanja. Tapi disebabkan di Malaysia ni sistem debit kad tidak seluas sistem di UK, ada baiknya sebelum berbelanja tu korang tanya kat waiter or salesman tu "do you accept debit card here?". For me, debit card ni kalau korang nak ada sepuluh pun takde hal. Sekarang pun dah macam-macam choices ada kan? Selain Maybank, Citibank pun ada juga. Tapi penting tanya kedai tu, whether depa accept or not debit card. Ada certain kedai maybe only accept Maybank, ada kedai maybe accept Citibank, ada yang accept je mana-mana bank.
Debit card aku untuk berbelanja.

All in all, berbelanjalah ikot kemampuan anda. Dan rasa-rasanya macam pathetic je kalau beli semua barang nak show off kat blog dengan price tag lagi. Ye, aku mungkin jeles (tapi jangan lupa, ada juga yang tengah gelakkan kome), tapi adalah lebih baik kalau kita merendah diri ketika di puncak daripada merendah diri ketika di bawah.

Tak gitu?

theblabber: Biarlah tak berapa nak kaya, tapi ada class!

20101119

Hello

Introducing Sudin dan Saloma.


Saloma yang super protective.

Teka yang ni nama apa?? Haha. Terang lagikan bersuluh jawapannya.

Adik lelaki aku yang punya belaan.

Aku forever la kot tak kamceng dengan binatang-binatang. Tanya Sudin dan Saloma, berapa penderaan fizikal aku dah lakukan terhadap mereka.

They both cute, nonetheless.

Muah muah.

20101118

Siri bercakap dengan penganggur.

Agak kurang selesa bila seseorang rakan yang single dan bekerjaya stabil menanyakan soalan "Kau bila nak kahwin theblabber?"

Cara yang bertanya tu macam lah boleh kenyang bagi isteri makan "hotdog free" hari-hari.



Talk to the hand.

20101116

Esok cuti, makanya kurang lah traffik blog kome, tak gitu?

Soalan cliche setiap kali menjelang Ediul Adha-

Apakah makna pengorbanan bagi anda?

Pengorbanan bagi saya ialah ialah bila mana saya terpaksa merendahkan ego untuk merindui seseorang yang don't even appreciate me as a friend.



Canggih kan jawapan aku tu? Hehe.

Happy Eidul-Adha, everyone. Sorry for any wrongdoing.

theblabber: Teringat pengalaman beraidil adha di dalam kelas tahun lepas. Priceless!!

Tips untuk mereka yang ketiak becak.

Anda seorang yang ketiak becak? Seringkali malu bila melihat ketiak baju anda basah dan rakan-rakan seringkali menjauhkan diri kerana masalah yang anda hadapi?

Amacam introduksi kat atas tu? Agak-agak boleh jual tak produk deodorant MLM? Hahaha.

Well, adalah satu petang Ahad ni, aku tengah tukar-tukar channel tv, terbuka rtm1 ada satu program yang ala-ala melodi ni where the host seorang lelaki berketiak becak giler sedang yakin mengacarakan rancangan tersebut. For god sake kan, tak kan lah takde yang berani nak tegur mamat tu?

Sebenarnya, masalah ketiak becak ni takde kena mengena dengan deoderant. Pakailah deoderant mahal macam mana sekali pun, becak tetap becak.

Jangan risau sebenarnya. Kepada mereka diluar sana, ada penyelesain mudah untuk masalah anda. Apa yang anda perlukan ialah sehelai inner untuk dipakai bersama tshirt atau kemeja. Jimat dan mudah, bukan?

Pemakaian inner secara tidak langsung, dapat mengelak peluh di ketiak dari terus membasahi baju yang seterusnya membuatkan anda kelihatan seperti kurang hygiene.


Bukan tak mampu beli baju dalam, tapi I lagi selesa orang tahu ketiak I becak. Bukan semua orang memiliki kelebihan seperti ini. Gambar from mediamalaya.

Aku pula memakai inner sebab aku mahu kelihatan sedikit berisi disamping tampil yakin dengan tiadanya masalah ketiak becak yang agak memalukan.

Bagaimana pula untuk mereka yang bermasalah ketiak sebegini ek? Dayang perlu dapatkan deodorant whitening Rexona mungkin.Gambar dari beautifulnara.

Ye, yakin itu perlu tapi biarlah bertempat. Muka hensem, suara sedap tapi nampak "selekeh" pun tak guna gak, ye tak?

Objektif apakah tiba-tiba cerita pasal ketiak ni ek?

Suka hati aku la, blog aku.

Haha.

theblabber: Teringat zaman sekolah dulu letak deoderant kat baju sebab nak bagi wangi. Kurang berkemampuan nak beli minyak wangi dulu.

20101115

BAHAGIA dan KARMA.

Kawan aku citer pasal bahagia, aku pun takmao kalah nak citer gak. As per her, the definition of BAHAGIA may be vary to different people.

For me, I feel bahagia to see people yang membahagiakan aku hidup bahagia. Yeah, cliche I know.

And I also feel BAHAGIA to see how karma works.Be it good, bad, sweet or hurt to me, I still feel BAHAGIA everytime to see how mystery karma can works sometimes.

Yeah, revenge is sweet but there are things that better leave unsaid and undone. Just leave it to "Mr. Karma", bebeh. He knows what he does best. Only then you know how BAHAGIA you will feel. It's way better than ejakulasi, you know?

Haha.

Ok bye, nak pergi jogging.

theblabber: OMG (buat-buat terkejut). 3 entry dalam sehari? Nampak sangat takde keje kan? Heh

Bukan kayu.

Sebenarnya, ada beberapa idea nak menulis. Tapi kebanyakannya aku delete pasal kadang kala takot apa yang aku tulis menyinggung mana-mana pihak and sounds macam emo sangat. Tapi bila fikir-fikir balik, ini lah tujuan aku memblog. To express about what I feel and think. And most importantly, to be myself.

Memanglah malu bila baca-baca balik entry yang ada unsur-unsur emo, (which one of the reasons aku delete blog ni dulu), tapi aku pun manusia macam yang lain. Ada lemah, ada kuatnya. Pokok pangkalnya, ada hati dan perasaan juga.

Maka, berpegangkan kepada falsafah peduli apa orang nak kata, or maybe aku akan malu bila 6 tahun kemudian aku baca entry ni, here I present you a short sajak best yang bertajuk "Bukan Kayu".

Kepada kau,
Kadang kala kau terlupa,
Aku juga punya rasa
Punya hak untuk merasa

Aku bukan kayu
Yang boleh kau tinggalkan
Atas apa yang kau bencikan

Aku bukan kayu
Yang boleh kau hanjengkan
andai nature aku bukan kehendak liking kau.

Kepada kau yang aku panggil sahabat,
Kadang kala kau terlupa
Aku bukannya kayu
Yang tak punya hati dan perasaan.
Untuk terus diam membisu.

Ok, dah lega. Selamat bekerja, semua!!

Ada ke siapa-siapa yang baca marimerepek ni memiliki gelang magnetik ajaib?

Personally, kalau lah ada, aku kesian kat korang.

Enough said.

For a RM38.00 gelang you willing to pay around RM1000, baik sedekah kat anak yatim. Dapat gak bekalan kat sana nanti.

Oklah, tak nak merepek pasal Datuk itu dan gelang ajaib dia, kang tak pasal-pasal kena saman. Aku ni miskin, nak bayar guna apa nanti?

Kebanyakan orang Melayu kita, kelemahan yang nyata, sangat taksub dengan perkara-perkara yang menyentuh hal-hal so-called produk kesihatan yang bertestimonialkan "untuk kesejahteraan kejantanan anda", kompem laku produk jualan korang.

Tak caya, cubalah. Kau beli susu murah dari Asda (atleast from UK, ok?), buat packaging baru, jual la dalam beberapa ribu dan tulis la "bagus untuk kelelakian dan keharmonian rumah tangga anda",kompem in a short period korang kaya raya.

Dapat Tan Sri, mungkin?

theblabber: Harga emas tengah naik sekarang, beli gelang emas lagi bermanfaat, mungkin?

20101113

The not so eventful Saturday.

Finally, the 2 boxes yang aku shipped hari tu dah sampai semalam. Kira oklah Putra Venture ni. Less than two months dah sampai, dan apa yang paling best, barang semua selamat sampai in a good condition.

So, mari kiter tengok apa yang terkandung dalam 2 kotak tersebut.

Operasi pemunggahan sebaik kotak diterima.

Dalam banyak-banyak barang, benda-benda ni gak aku nak snap. Cermin mata tu actually 3D cinema punya glasses. Classs kan UK punya 3D punya spec? Boleh bawa balik siap, boleh gak dipakai untuk peminat-peminat camwhore. Bunga-bunga tulip tu beli masa pergi ke Amsterdam (padahal kat Central Market pun bersepah kot??) dan gambar sekeping yang konon-konon artsy tu beli kat Prague, Czech Republik.

Tu dia, sebeban baju aku bawa balik. Tu baru setahun duduk sana, kalau 25 tahun? Duduk sana memang heaven shopping!! Haha. Some of them dah dihantar dobi pagi tadi untuk dry cleaning. Plus, sian pulak Perempuan Cantik nak basuh baju banyak-banyak.

Dan tadaaa...Barangan koleksi Starbuck Collector Siries yang aku kumpul sepanjang pergi jalan-jalan dulu. Pinggan bismillah (hand made as per claimed) tu aku beli masa pergi Istanbul yang super best.

So, that is how I pretty much summarized the not so eventful Friday. Penat mengemas barang-barang, terus tertidur dengan galaknya.

So, apa plan korang di hari Sabtu ini? Pergi Zoo? Muzium? Me? end up duduk rumah je kot (rujuk pada tajuk).

theblabber: Malas nak buat watermark kat gambar-gambar tu. Gasaklah.

Apa entah bangganya menjadi rempit?

Dialog di kedai gunting rambut.

Mat rempit baru nak up (MRBNU): tepi kasi slop V. Ekor kasi gantung. Depan jangan usik. Biar boleh bikin punk.
Mamak gunting rambut angguk-angguk, tanda faham kehendak fesyen rambut RBNU.

Me: Oh, bangsaku (dalam hati).

theblabber: Finally, after 7 months, aku berjaya menggunting rambut akibat desakan Perempuan Cantik (PC).

20101112

Gempar!! Pengalaman di Jeddah untuk pedoman semua.

The title sounds cheesy, doesn't it? Cam hanjeng. Hahaha. Well, as promised before, today I want to share my priceless umrah experience whilst I worked in Saudi circa 2008.

Motip cakap omputih?
Somewhere nearby our worksite. Petang-petang layan unta lalu tepi tu.

Well actually, I have drafted a story of my experience performed Umrah circa 2008, but I find it too draggy that no body going to read it. Ok, let's cut the crap and straight to the point.

It was my third time when this bad experience happened. Went there with friends of the same age. Well, you can agak budak-budak muda perangai macam mana kan?

Mula-mula van kena towed after we all done with umrah. So, our driver kena go find the van and bayar saman, 50 riyal. Memandangkan payah nak cari parking yang proper, this one pakcik suggest kami terus ke Jeddah. Alasannya "kita kasi Karim (our driver) rehat. Kita kasi dia rehat dekat hotel company. Lagipun kita boleh shopping sana sebab pakcik pun dah nak balik Malaysia. Nak beli souvenir bawak balik".

By the time pakcik tu cakap camtu, kiter dah mula macam hmmm. Yelah, knowing it was my last time buat umrah, kiter nak buat la baik-baik.

Sampai je hotel company kat Jeddah, bukan setakat driver yang rehat, dengan kami semua pun tidur sampai terlajak solat Jumaat, Asar. And around 6pm camtu, pakcik tu ajak pergi shopping complex kat Jeddah. Again, we missed solat. Astagfirullah. Kata buat umrah, tapi solat tinggal-tinggal.

Dipendekkan cerita, masa nak balik ke site (tempat kerja), kami pusing-pusing Jeddah around 4 jam, tak jumpa-jumpa jalan (or highway) nak ke tempat kami, which is around 600km from Jeddah. Pusing punya pusing, terjumpa jalan yang sama. Tanya orang pun, tak membantu langsung.
Two of my close friends there. See, how far Mekah from our place?

Yang kelakarnya lagi bila pakcik tu marah driver kami. Knowing driver tu tak faham bahasa melayu, selumber je dia cakap "dia ni lah. Siang tadi terlebih tidur. Pening agaknya". Poor Karim.

Dipendekkan cerita (again??), lepas pusing-pusing berjam-jam tu sekitar Jeddah, we eventually find the way to our work place. Alhamdulilah. And we realized it was actually petunjuk dari Allah on how we should really go umrah to do umrah. Bukan pergi umrah, but sibuk nak shopping and no point of going umrah but amalan wajib selumber je tinggalkan.

This was when I first time performed the Umrah. Great company, priceless experience. Nothing you could ask more. Oh, me are not so anonymous anymore. Hehe.

So gitulah. I know I shouldn't bragged about this lame experience, tapi sekadar pedoman bersama, I think apa salahnya kan? Kalau kitaItalic pergi sana dengan niat baik, insha-Allah terasa kemanisan mengerjakan umrah. Ini terbukti dengan pengalaman 2 kali sebelum itu yang mana terasa seperti "pergi sekali hendak lagi". Segala-galanya penuh indah. Tak perlu takot kerana Allah itu Maha Baik dan Maha Pengampun.

So, itulah kisahnya. Even though tadi kiter dah cakap cut the crap, tapi still rasanya masih panjang. Ah lantak lah, agak-agak tak nak baca, feel free to click butang X kat penjuru kanan window komputer masing-masing. La ikro ha fidddin, kan?

Wallahualam.

theblabber: Selamat Hari Raya Haji.

20101111

Pemikiran Mastika yang tidak dapat diubah oleh sesetengah masyarakat kita.

Rindu yang tak tergambar.

Sedih bila everytime kiter mengajak kawan pergi umrah, jawapan tipikal seperti "aku ni kotor", or something like "kang aku sesat kat sana, saper nak jawab?"

Tuhan tu tak zalim kot kan?

Tulah, banyak sangat baca bahan picisan. Berpuluh-puluh IQ point ko drop.

theblabber: Later nak share pengalaman mengerjakan umrah masa kerja kat Saudi dulu.

20101110

Karipap, cucur udang dan kiter.

Sejak makan satu ubat ni, perut kiter selalu lapar. Kalau tidur lambat malam lagi lah, sampai angin naik kat kepala. Nak dijadikan cerita, petang tadi kiter sangat la lapar, lepas pergi mengadu kat Perempuan Cantik.

Perempuan Cantik (PC) pun sajes la beli karipap kat satu kedai ni. PC cakap makcik yang jual kuih tu dah mati laki. Mak pak makcik tu pun dah meninggal. PC cakap makcik tu pernah nak kerja dengan PC dulu. Mendengar cerita PC, kiter pun terus la start kereta dengan harapan mengggunung nak beli karipap.

Sampai je kat kedai tu, makcik tu cakap karipap dia dah habis. Goreng pisang pun dah habis. Kiter terfikir nak pergi cari kedai lain, tapi memikirkan yang PC dah citer pasal makcik ni, kiter pun terbeli cucur udang pasal macam tak sampai hati dah sampai kedai tu tapi tak beli apa-apa. Tambah pula terkenangkan citer-citer PC tadi, lagi la kita simpati dengan kegigihan makcik ni cari duit sara famili dia.

Balik rumah, kiter cakap kat PC karipap makcik tu dah habis. Yang tinggal cucur udang. Kiter pun beli lah, sebab macam sian kat makcik tu. Tapi bila dah hidang, takde sape pulak nak makan, pasal cucur udang makcik tu kureng sikit rasa dia. Huhu. Nak bagi sedap sikit, PC cicah cucur udang tu dengan kuah lemak yang PC masak lunch tadi. Terasa la sedap sikit.

Sebenarnya, kiter kan tak tahu la nak cakap no. Kiter rasa itu biggest kelemahan kiter. Kiter boleh je cakap "takpelah makcik, saya pergi cari karipap kedai lain" instead of pergi beli cucur tu tapi end up takde orang makan kan? Kalau pergi bazaar Ramadhan pun camni, bila tengok penjual-penjual yang kedai tak berapa nak ada orang, sure kiter kesian pastu kita terbeli. Sudahnya takde orang makan, and that explains la kan kenapa kedai orang tu takde orang singgah.
Cucur udang kuah lemak. Mampu?

Tapikan, kiter tak pernah nak kesian kat orang buta yang mintak sedekah masa kiter tengah makan-makan kat mana-mana restoren. Kiter lagi mudah simpati kalau tengok makcik-makcik tua hurung kerepek suruh kiter beli. As always, mesti kiter terbeli. *sob sob.

Kiter rasa, perasaan cepat kesian kat orang ni turun dari Lelaki Macho lah. Which kiter rasa, kadang-kadang orang amek kesempatan. Mana ada orang yang betul-betul be there bila kita in need, semua buat tak reti.

Baru-baru ni, eh semalam la, kiter ada mintak hutang kat sorang kawan kiter ni pasal sekarang kiter betul-betul tengah kering. Well,being unemployed, what do you expect kan? Kiter banyak tolong dia masa sama-sama study dulu. Tapi sedih lah, dia senyap je. Tak reply pun mesej kiter.

Tulah,kiter ingat nak belajar jangan cepat sangat kesian kat orang. Boleh kesian kat orang, tapi biarlah berpada kan?

Oh, comel lak rasanya pakai ganti diri kiter ni. Kiter dari dulu suka ada kawan kita bahasakan diri dia kiter kat kiter. Kepada kawan kiter tu yang kini masih berada di Edinburgh, kiter nak jam Tissot awak, boleh? Lalalala. Malu la awak tahu kiter dah ada blog. Kiter rindu nak makan masakan awak.

Ok lah, panjangnye kiter merepek!! Haha.

theblabber: Orang cakap kiter ni mulut jahat, tapi kiter rasa biarlah mulut jahat, daripada busuk hati kan?

20101109

Cartoon of the day.

Enough said.

Oh anyways, I found this worth-reading blog. The above cartoon curi from there. Go and baca lah. Kompem IQ korang tak drop 20 point punya. Thanks to Cik Bekas Penulis Skrip Gerak Khas ini for introducing me the blog.

Sepanjang setahun hiatus itu, setiap hari dalam hidup,saya berfikir untuk minta maaf kepada awak. Sungguh saya tak tipu!

Cilok from here.

Although it might hurt, but i thanked you for teaching me the meaning of trust.
I apologized,
I forgive,
I forget and
I learned.

Again, thank you very much. Hope we can still be friend :)

20101108

Mellow

Rejection doesn't hurt, expectation does.
Lie doesn't kill, denial does.
"Forget" doesn't heal, "forgive" does
.


I'm not sure whether am lying or in denial when I say I am not missing you.

Taken from here.

20101105

Maruku

I wonder if esok I akan dapat muruku dari jiran selang 4 rumah I tu. Dulu-dulu, every year, time Deepavali mesti Aci tu kasi muruku dia kat famili I, and bila raya mak I pasti akan bagi kuih raya yang sedap kepada mereka pula.

I juga ingat, masa kecik-kecik dulu, I dengan anak-anak jiran I pergi beraya di rumah Aci tu. "Jangan risau,ayam ni halal saya beli kat supermarket", kata laki Aci I tu. Tapi tu dulu lah, zaman-zaman I belum mimpi basah lagi.

Tak tahulah kenapa bila dah besar, semua tu hilang.

Kadang-kadang I heran, kenapa all the good things must come to an end.

Dan Choyaya, permisi ye I pinjam ayat you menulis blog membahasakan diri I-You ni. Hehe

Happy Deepavali, semua!!

theblabber: Dedikasi lagu All The Good Things Come To an End by Nelly Furtado kepada semua di pagi raya ini. Enjoy!

20101104

Kadangkala betul juga apa yang dikata Azwan Ali.

Dalam hidup, apa yang lebih penting ialah kepuasan hati sendiri lebih daripada kepuasan hati orang lain. Jadi, dalam hal ini, sikap "whatever" atau dalam bahasa Azwan Alinya "ada aku kesah" sesekali perlu ada, else hati lain yang sibuk kita nak jaga tu is no where to be found when our hati is in need.

Anda mungkin kelihatan atau kedengaran "selfish" dalam mengejar kepuasan hati sendiri, but then again, "ada aku kesah".

Oh, speaking of facebook, aku teringin nak tengok mereka yang dok "like" mana-mana entry aku yang kadang-kala rubbish ni. For that reason, sudilah kiranya kalian meng"add" aku dalam FB marimerepek ye. Sekurang-kurangnya boleh jadi medium interaktif sesama kita. Berkawan biar seribu, musuh jangan satu kan?

Fanpage? I bukan artis.

theblabber: Been there, done that!!

20101103

Nasihat daripada Uncle Boy.

Dalam apa-apa relationship, don't give 100%.
Spare some for yourself, say 30%.

At least, when you fall into pieces, you have that 30% strength to take those pieces and attach them back together, in one piece.

20101102

Antara perkara yang boleh me"release"kan stress aku.

Ialah menatap wajah hensem Incik Iyad di bawah ni.

Bila tengok wajah comel budak-budak kecik, terfikir aku sejenak "macam mana lah sesetengah orang sanggup nak dera anak sendiri, apatah lagi tergamak nak campak dalam sungai".

Nauzubilah.

Oh Iyad, cepat balik KL. Uncle Boy kangen sama kamu!!

20101101

Atleast she's wayyyyy better than teacher shida.


Not bad, huh?

Berangan itu percuma dan indah selagi ia tidak menyusahkan orang lain.

My so-called "lust list".


MacBook Pro. Sometimes you will just into something for no reason and MacBook Pro is the "something" that I fall in love with no specific reasons.
I was randomly blogwalking and I found this one blog which the owner spent his first pay on this LV wallet. Pretty much inspiring!!

A holiday babe, and Santorini would be top on my list!! Just look at the picture above,and tell me how much do you love this place. Oh, apparently, Mamma Mia shot the movie here before.

Haha. This might sound "mimpi di siang hari", but come to think of it, I can actually get a secondhand one using my AP student. Secondhand car in the UK is way way wayyyy cheaper than the one in Malaysia. *gilalah bajed anak Tan Sri!!

Gambar hiasan.
Last but not least, isteri yang solehah. I'm being cliche on this, but hey I guess this is every man's dream, don't we? Tapi tulah, orang kata, "isteri yang baik, untuk suami yang baik". Question is, baik kah aku? hmmm.

Well, as the name suggest, some of the list might be achievable and some might still be my lust list forever. Feel free to dream, but most importantly, be realistic.

Afterall, berangan itu PERCUMA :)

theblabber: Apa-apa pun, get a job first!!

Oh ye, Happy November, all!!